15 October, 2010

16 Oktober 2010 (01.53 am)

Jom Kita Berpeluh.
Aktiviti yang mengeluarkan peluh bukanlah aktiviti yang mudah kerana selalunya aktiviti ini memerlukan kita menggunakan tenaga yang banyak. Dalam sudut ini, bukanlah kekuatan bagi aku kerana aktiviti ini selalunya berkaitan dengan bersukan. Kami telah melakukan aktiviti berpeluh ini beramai-ramai dan memilih sukan futsal bermain beramai-ramai berganti-ganti.
Permainan bermula seawal jam 3 dan berlarutan ke jam 5 petang bertempat di gelanggang futsal kelombong.
 Antara peserta yang terlibat
dari kiri : Jamilah, Marina dan seorang pelancong Korea yang tersesat jalan.
(sungguh tak kelihatan matanya)
 Kepenatan jelas nampak di wajah, namun sebagai model yang profesional masing-masing memberikan aksi terbaik mereka.
 Perbincangan di meja ini mungkin lebih serius dengan perbincangan masalah rumahtangga masing-masing dari sudut pelbagai pihak.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan kemerdekaan yang penuh semangat dari saudara Chang yang mungkin agak tidak dilayan oleh peserta lain yang lalai dan alpa kerana mendengar cerita Jude.
Di satu sudut lain pula kita boleh lihat kegembiraan Ninang, Dudu dan Judith yang mungkin disebabkan laungan merdeka Chang atau cerita dari Jude yang menarik hati.
Penutupan dibuat dengan pengumuman untuk aktiviti ke pulau esok dan peringatan mengenai perkara yang perlu dibawa.
Kerana rasa bersalah Qayyum jarang masuk gambar di blog aku ni, aku letakkan gambar gambar ini. Di sini aku langsung tidak berniat membuat sebarang isu kontroversi seperti melodi, harap maklum.
Gambar kenangan setelah bermandi peluh, menukar bau minyak wangi ke bau peluh yang memang best bila dicampur aduk.
 Slash bergambar bersama Dudu, salah seorang striker yang sungguh lincah dan sering mematikan akal penjaga gol lawan.
 Zool, seorang bidadara diapit oleh tiga bidadari Aimi, Ninang dan Cory.
 Pemilik kenderaan kancil sebijak tuannya Chang bersama dari kiri Cory, Marina, Judith, Aimi, Linda, Ninang dan Slash.
Jamilah bersama Myvi dari kiri Chang, Ninang, Joyce, Resc, Chris, Epatung, Nora dan Judith.
Ini semestinya kereta aku bersama dari kiri Samsul, Ninang, Slash, Epatung dan Judith. Antara kamera ni lambat snap atau kelajuan Epa meningkat kerana ingin bergambar.
 Dan jawapannya ialah kelajuan Epa meningkat kerana ingin bergambar. Sila lihat kelajuan kilat tangan Epa, hingga gambar tangannya blur.
 Kereta Myvi Zool bersama dari kiri, Slash,Epa
Dudu, Judith, Cory dan Ninang. Slash sempat membuat balik kuang sebelum gambar ini di ambil.
Kerata Epatung bersama dari kiri Slash, Cory, Judith, Ninang, Aku, Dudu, Samsul dan Zool. Kalau anda peminat Supernatural anda akan perasan kelainan mata Ninang dan Judith. Mungkinkah mereka salah satu "Demon" bermata Kuning kemerah-merahan? 
Kerana agak sesak, kami berjaya bersabar dan menunggu sehingga hampir jam 6. Slash tengah bercakap sepatah dua dengan perutnya yang mungkin telah kelaparan.
Aksi menarik Qayyum yang hendak melompat ke longkang sempat aku rakamkan sebelum peribadinya tersedar dari lamunan yang itu hanyalah longkang, bukan kolam. Zool yang kehairanan hanya menunjukkan reaksi hairan berbaur sangsi dengan perangai Qayyum. Samsul dan Slash ternyata menghayati 100% di dalam gambar ini dengan memberikan aksi ala-ala macho tapi manja.
Aku pula terfikir, "kenapakah aktiviti ini dijalankan sekarang di sem 8, kenapa tidak dari dulu?" cepatnya masa berlalu. Erm, Samsul dan Slash mungkin tengah fikir awek di kaunter tadi kot. Ops.. alamak! na..na.. kedapatan.
Dan dengan in kami putuskan,
Jom balik!

p/s Bukan saja penat main tetapi penat juga ketawa tadi. Aku pasti akan rindukan saat-saat ini semua bila dah posting nanti.

4 comments:

Anonymous said...

mantap la man...hahahaha...terbaek la gambar sya yang ko snap!..hahaha...mcm hari kemerdekaan... :D

Ai.Zuhair said...

paling hancur gmbr last... napa ko release? aku release ni gambar gay kamurang d tempat kejadian itu..hgahahahaha

diariakuiman said...

siapakah anda anonymous? adakah anda c chang yg ensem? alamak, chang dulu mmg ensem sekarang comot.. haha

epa_is_fred said...

dulu2 kita kurang gemuk tu la nda bermain. sekarang menyedari diri masing2 suda yg memerlukan pengurangan berat badan secara brsungguh2.

Related Posts with Thumbnails