23 August, 2010

24 Ogos 2010 (2.33 am)

Hari ini pi perhimpunan,
sungguh bersemangat berkobar2
menyanyikan lagu negaraku,
Sabah tanah airku,
Kami guru Malaysia,
Lagu IPG( tapi tak hafal sangat)
ish...ish.. inilah akibat jarang pergi perhimpunan.

pastu perjumpaan "KHAS"
untuk sem 8.
aik??? sem 8 lagi?
kenapa pula lagi ni?
bermasalahkah sem 8 ni?

........

tidak!! tentu sekali tidak..
mereka sahaja nak jumpa kami
sem 8 ni,rindulah katakan..
sebab tu bila sem 8 tiada
"mereka" mula cemas.
hanya itu sahaja jawapan
paling positif aku leh jawab.

"kamu ni dah sem 8, tapi ada lagi
junior yang tak kenal kamu"
kata encik satar (bukan nama sebenar)
dalam hati aku, aku kah salah
kalau orang xkenal aku?
atau aku ni tak pandai bergaul?
berdosa kah tak dikenali?
atau perlukah aku buat
pengumuman di asrama jati
selepas ini?

"perhatian kepada semua pelatih,
nama saya MOHD NOORIMAN,
saya adalah pelatih IPG GAYA SEM 8
ambilan Januari 2007,
PISMP MT 2"
diulangi... (sila baca di atas)

di sini saya sertakan gambar saya
sekiranya anda masih samar2
mahupun kabur mengenai identiti saya,
tidak perlulah rasanya saya mengikuti
kaunseling identiti pula.


Gjan, aku dan Samsul
semasa menjalanai praktikum 2





ni pula gambar terbaru aku
semasa berbuka puasa bersama kawan2


semoga dengan pengumuman tadi,
bertambahlah kenalan aku selepas ini.


yang benar,
diariakuiman

p/s semoga aku dapat siapkan AR aku
dalam masa yang di tetapkan.
alamak, bila masa pula aku guna "saya" ni.

18 August, 2010

18 Ogos 2010 (05.47 pm)

Hari ini aku lihat satu drama di sebuah
premis kerajaan diantara seorang sekuriti
dan seorang awam.
Aku tiba disebuah premis, aku bermonolog
sendiri "kenapalah sesak sgt ni" rupa2nya ada
seseorang mendouble park keretanya jadi
menghalang laluan orang lain.
Setelah beberapa ketika aku dapat juga
parking "SAH".
Pada mulanya mmg aku rasa orang
tu mengganggu laluan orang lain,
tetapi kemudian.....

"HOI, KERETA KAU KA NI?
DI MANA KAU BELAJAR PARKING?
MENYUSAHKAN ORANG SAJA!!

sekuriti berkenaan berteriak kepada seorang
perempuan yang ingin mengalih keretanya
setelah berjumpa parking yang "sah".
Malunya aku yang rasa padahal
bukan aku yang diteriak, semua orang
yang duduk ditepi premis berkenaan hanya
memerhati perempuan tadi.

Ketika itu aku mula rasa simpati kepada
perempuan tu. Memang betul dia bersalah
kerana double park tapi takkanlah
sampai nak teriak2 sampai menjatuhkan
airmuka orang lain. Bukankah rakyat
Malaysia ni kaya dengan budi bahasa,
bahasa menunjukkan bangsa,
budi bahasa budaya kita dan
banyaklah lagi. Pastu bukankah
sekarang ni bulan ramdhan?
apakah salahnya jika tegur
baik2 kat perempuan tu dengan
harapan dia akan berubah.
Anggap ja dia ada masalah hingga
terpaksa double park.

Prinsipnya mudah saja,
ada orang biar orang jahat kat kita,
jangan kita jahat kat orang.
ada orang biar kita jahat kat orang
sebelum orang jahat kat kita.
Pada aku pula, kita layanlah orang
lain seperti apa yang kita harapkan
orang lain layan kat kita. Sebagai contoh
mahukah kita di marah2 setiap hari?
so janganla suka hati marah2 orang tanpa
usul periksa. Nak orang baik kat kita
kita pun kenalah baik kat orang.

p/s kadang2 ada orang tak tahu bila aku
ni serius, mgkin juga sebab aku selalu
sangat main. Harap aku pasni boleh
jadi lebih serius. Selamat Berbuka semua

Yang Benar,
diariakuiman

13 August, 2010

14 Ogos 2010 (2.28 am)


semasa aku menaip ni,
telah disahkan bahawa elaun yang di
tunggu2 selama ini telah pun masuk.
ini bermakna budget perlulah dibuat
bagi banyak perkara seperti bayar
hutang (ops!! terima kasih kepada
rakan2 serta sahabat handai yang sudi
menolong diri ini semasa sukar)

duit pada masa ni bergerak laju,
macam era globalisasi jugalah
ertinya duit pun turut bergerak tanpa
sempadanlah agaknya.

pernahkah saudara saudari membawa
rm50 untuk ke cp (Centre Point)? apakah yang terjadi
pada duit itu semasa sampai di cp?
a) cukup2 makan
b) terpaksa beratur di mesin wang
untuk mengambil lagi
c) ke kedai untuk membeli barang,
bila da bayar baki da tinggal sen2 je,
dan akhirnya terpaksa juga beratur ambik duit
d mesin atm bersama si b di atas
d) mmg tak pernah bawa duit takat rm50
untuk ke cp

kenapakah aku menabur pertanyaan ini?
aku cukup payah nak membudget duit
kerana bila ada duit kita mudah lupa diri
benarlah kata dr.Mahathir yg melayu
mudah lupa, walaupun aku ni
berketurunan jawa tapi aku pun kadang2 lupa.

ingatkah semasa kita masih tidak mempunyai
duit elaun?
memasak dibilik, berkongsi makanan,
makan tapau pun 2-3 orang,
main game untuk mengisi masa lapang
serta melupakan bunyi perut yang
meronta2 meminta nasi goreng
di hasyim mahupun nasi ayam di taj.

Kini segala penantian menanti elaun dah
pun berakhir namun, janganlah kita lupa
yang sem depan kita nak posting,
save duit untuk jilid tesis, dan macam2
lagi hal dunia yg semuanya berpaksikan duit.

yang benar,
diariakuiman.

p/s benarkah saiz otak berkadar terus dengan
saiz badan? huh! tension jugala bila dikatakan
"badan ja besar tapi takda otak!"
semoga aku tak berdendam dan bersangka buruk
kepada orang2 seperti itu.
Related Posts with Thumbnails