30 October, 2010

30 Oktober 2010 (05.00 pm)

Jalan-Jalan Pergi Jilid

Jam 12 lebih tadi aku, Samsul dan Chang a.k.a Ariji bergerak ke KingFisher untuk pergi Jilid Kajian Tindakan, Chang yang ternyata amat arif seperti Mohd Arif Abdullah Lau terlebih dulu menelefon Ryan. Ryan merangkap bos kedai jilid tu memberitahu yang hanya free jam 2.
Pemandu pelancong kami Chang bersama Gjan.

Kami pun bercadang mengisi perut di Likas,
Nasi Ayam likas yang tersohor seantero KK.
 Ini bukan kedai runcit sembarangan, kedai runcit ini Salmin yang punya. Di sinilah kami plan nak makan tengah hari.
Menelefon Zool mengenai niat baik kami ingin meminta belanja dia makan tengah hari, maklumlah kami ni jauh dari keluarga, tiada tempat nak bermanja.
Jangan kata nak makan kat sini, nak take away pun terpaksa beratur. Bila tengah hari tempat ni memang penuh dengan pelangan.
Destinasi makan berpindah ke Tanjung Lipat, Likas. Aku sengaja meletakkan censored untuk menimbulkan elemen surprise dalam gambar ni.
Menu utama Nasi Ayam Likas selain ketam masak asam pedas, sotong goreng, ayam madu, udang butter dan banyak lagi menu-menu merapu yang aku malas tipu kamu.
 Model kita di datangkan khas dari Tawau,Samsul dan Chang dari Negara China, bahagian Membakut.
 Nasi ayam Likas ini sangat sedap hingga menjilat jari sekiranya anda makan pakai tangan, sekiranya pakai sudu mungkin juga menjilat sudu, jika pakai kaki anda tentu tak mahu gunakan kaki sebab kita bukan orang yang primitif.
Sopannya, beruntung sapa datang meminang mereka bertiga ini.(klik) Untuk No.HP mereka.
ok,aku tipu
Cuba teka berapa ratus ni? ratus? Ok, ribu..
sila teka, betul dapat duit dalam gambar ni.
Di sinilah kdai yang bertanggungjawab menjilid semua kajian tidakan dari semua IPG di Sabah.
Kenapa? Tak percaya? Chang tengah nak masuk jumpa si Ryan yang hensem boy macam Hakim bilang si Samsul.
Nampak ni? aku tengok pun tekanan, atas bawah kiri kanan kajian tindakan dari IPG Gaya,Kent,Tawau dan Keningau. Oh, yang dekat Chang tu Ryan.
Tugas-tugas dalam orang di dalam gambar:
Abang Baju Merah:
-Buat Hard Cover Depan dan Gam
-Buat Lubang kertas Kajian Tindakan (untuk dijahit)

Si gadis berbaju putih dan hitam:
-Jahit tepi kertas Kajian Tindakan
-Gam, letak kertas keras di depan Kajian Tindakan.

Abang nampak kepala saja:
Aku lupa!

Zool dan Samsul:
Erm... jadi pengkritik jemputan rasanya.
 Si gadis Pink :
-Susun huruf besi untuk di tekan kat mesin mengikut abjab dalam muka depan Kajian Tindakan. Kerja yang sangat mencabar keimanan bagi aku kerana kena menyusun berpuluh-pulh huruf bagi satu julid buku, cuba bayangkan berapa ratus buku dia kena buat?
Abang baju hitam:
Ini pun kerja mencabar, mengukur setiap inci buku dan transfer maklumat itu ke hard cover, then baru letak kertas emas untuk dicop menggunakan mesin. Kerja-kerja mereka nampaknya sangat teliti dan kemas, mungkin juga terkejut dengan kehadiran kami seperti rombongan MQA.
Salah satu contoh penjilidan yang dah hmpir siap, Cristie Justin.
Pengkritik jemputan memeriksa kualiti Kajian Tindakan yang telah dijilid. Kanan IPG Gaya, Kiri IPG kent.
Pandangan dari tepi Tindakan Kajian yang telah dijilid. Atas Fun-fun,tengah Judith, dan bawah aku,sungguh cepat proses menyiapkan Kajian Tindakan aku, hari ni hantar dah siap.
 Ini adalah master copy dari seorang rakan dari IPG Tawau.
Bil IPG Gaya untuk Jilid sahaja, RM20. Belum masuk kos photostat lagi sebab ada orang masih belum bayar, astagfirullah.
Bil IPG Tawau untuk Jilid tidak termasuk kos photostat, sara diri, makan minum tidur dan macam-macam lagi kos tersembunyi yang selalunya orang akan cas bila anda makan di tempat-tempat mahal.
Kajian tindakan Samsul sedang di operate, bertukar menjadi buku yang macam best harap-harap kena baca lah bila di library nanti.

p/s harap-harap tiada masalah dan yeah! kita akan tamat tahun ni. Ops, exam! aku memang tiada nota lagi, mampus!

29 October, 2010

30 Oktober 2010 (10.47 am)

Kerja Keras Di Hari Sabtu

Disaat orang lain dah menggoyangkan kaki serta membuang masa di shopping kompleks, aku dan Samsul pula bersengkang mata mengedit dan print kajian tindakan. 
  Stesen pertama, edit dan betulkan margin,
pastu baca balik dan print.
Stesen kedua kerja memprint, kalaulah
printer ni boleh bercakap mesti
dia pun mengamuk kerja overtime pagi-pagi.
Kemudian beralih ke stesen lain iaitu
menyusun satu persatu, nak jilid 4
ertinya kenalah susun benda sama 4 kali.
Stesen berikutnya ialah pusat dimana pengumpulan Kajian Tindakan dijalankan, selepas ini akan di bungkus dan dipasarkan untuk import dan eksport dalam mahupun luar IPG.
Jika kami ada stesen kami, Roommate Samsul, Syai pun ada tugasnya, mungkin semasa aku tengah mengambil gambar dia berada di stesen menyapu bilik. Mungkin juga Samsul mengotorkan bilik mereka semasa aktiviti memprint dijalankan kerana tension ada saja masalah semasa memprint. Ok, bilik yang bersih di depan Syai tu bilik aku dan Qayyum.
Yeah! berkat usaha yang tak mengenang lapar dahaga mahupun tanpa sarapan kami berjaya menyiapkan Kajian Tindakan ini untuk dijilidkan tengah hari ini. Malas dah aku nak baca lagi, asyik silap saja.

p/s aku lapar nak mandi pastu makan pastu jalan pi jilid pastu belajar. Eh, belajar? alamak aku takda nota.

28 October, 2010

28 Oktober 2010 (05.25 pm)

Aku dah! anda bila lagi

Di petang yang sejuk, sesuai sangat untuk manusia-manusia yang mempunyai hobi tidur untuk melabuhkan penat di katil, dan aku ternyata salah seorang yang mempunyai hobi itu.

Masih ingatkah anda dengan cerita parking lalu?
  Aku dengan bangga lagi gembira menyatakan yang aku dah bayar setelah mendapat sedikit budget yang dipotong dari duit untuk jilid Kajian Tindakan aku. Promosi potongan 95% masih lagi berlansung hingga hujung bulan ini. Kaunter pembayaran dibuka di hadapan Public Bank di Api-api. Anda juga boleh memeriksa kadar parking yang anda terima dahulu dan berfikir pendek atau panjang untuk membayarnya mengikut kadar bayaran parking yang anda kena.

Rumusannya:
bayar sikit = fikir pendek
bayar banyak=fikir panjang sambil menarik nafas yang juga turut menjadi panjang
 
Aku juga terkejut bersama sahabat aku yang memeriksa kadar parkingnya yang sungguh mahal nak mampus sebab lepas potongan 95% pun masih lagi mahal.
Cuba anda zoom mata anda ke bahagian total, RM3948.35 selepas potongan RM575.85.
Jadi kalau ada masa pergilah ke kaunter yang berdekatan untuk bertanya khabar dengan pekerjanya di sana, mungkin dengan itu anda boleh mendapat lebih banyak diskaun.
p/s bertangguh tu memang mencuri masa dan kadang-kadang mencuri duit.

23 October, 2010

23 Oktober 2010 (08.00 pm)

Manusia Berkepala Poligon.

Aku memilih tajuk seram kali ini kerana aku tak pernah menceritakan kejadian seram di blog aku. Pernahkah anda berjumpa dengan Balan-balan atau nama manjanya BB,?

Eee.. memikirkannya sahaja membuatkan bulu tengkuk aku seperti meremang. Kejadian ini berlaku semasa kami sedang giat membersihkan bilik Matematik bagi tujuan MQA. Sebenarnya aku dah muak dengan MQA ni, nama ja dah tak sedap. Baik tukar jadi KFC. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan di sini. 
  Kejadian pelik tetapi benar ini aku berjaya rakamkan dengan bantuan daripada Don yang dijadikan umpan makanan kepada Manusia Berkepala Poligon ini.
Atas nasihat Don yang mempunyai banyak pengalaman bersama manusia jenis ini, dia mencadangkan agar kami melepaskan sahaja Manusia Berkepala Poligin ini agar kaum keluarga mahupun sahabat handai tidak bimbang. Ini sekaligus menyebabkan kami lembut hati dan tidak berkasar kepadanya dan mendoakan agar dia sihat walafiat hendaknya. Amin.

p/s semua ini hanyalah lakonan berdasarkan mimpi aku. Terima kasih kepada semua pelakon yang terlibat.

23 Oktober 2010 (07.23 pm)

Gotong Royong

Hari ni aku bergotong royong membersihkan kelas (rancangan awal) untuk MQA,tetapi aktiviti itu terpesong sedikit kerana menolong En.Ladius membersihkan kawasan yang berbukit bukau berdekatan ruang pejalan kaki. Sebelum tu kami mengangkat meja, kerusi dan berjalan ke jabatan sains atas permintaan entah sapa entah (aku rasa lecture Math, mak si Don) yang berakhir dengan arahan untuk kembali ke blok E.
 Aku, Slash dan Jeff bertugas membersihkan kawasan ini. Ya, aku faham ini gambar kami duduk, malas nak bagi tengok gambar tengah buat kerja nanti nampak sangat kami rajin.
Sebenarnya gambar ini kami ambik selepas penat bekerja, jadi rehat sebentar bersama kit kat. Aku da letak anak panah menunjukkan kumpulan kayu dan sampah yang kami da kumpul untuk bakar, nak bakar takda mancis maklumlah kami dah berhenti merokok. 
Lepas tu kami balik kelas, Iqbal melukis gambar kami sekelas untuk dilekat di dalam kelas, cuba teka gambar siapakah ini?
Erm..sama kah? Macam bulat betul muka aku.
 
p/s penat makan dan ketawa sepanjang gotong royong tadi.

21 October, 2010

21 Oktober 2010 (10.23 pm)

Menanti Sebuah Jawaban

Kadang-kadang timbul satu situasi bila kita sukar nak sampaikan sesuatu hasrat di hati, dan maka terciptalah lagu sebagai instrumen penganti diri.

19 October, 2010

19 Oktober 2010 (08.59 pm)

Jalan-jalan cari Lambchop

Pada hari Ahad ketika bulan mengambang. Vampire mahupun werewolf akan mencari mangsa. Begitulah halnya dengan kami. Bila hawa nafsu menguasai diri melebihi duit yang ada, namun semua itu bukan penghalang mencari sesuap lambchop. 
Aku dan chang bercadang makan lambchop, sekaligus berjaya menghasut orang lain untuk join agar kami tidaklah disalah anggap pasangan gay di alaf yang penuh pancaroba ini.

Niat di hati nak makan disebuah restoran berhadapan dengan Hospital Luyang, tapi tutuplah pula. Kecewa, maklumlah dari tadi menelan air liur menahan hawa nafsu ni. 
Last-last cadangan dari saudara Jude, "Jom ke Upperstar".

Kerana agak lemah serta kurang pengetahuan kami pun turutkan saja, nanti "kempunan" pula. Di sinilah mulanya pengalaman kali pertama makan di Upperstar.
Takut aku tengok kedai ni, maklumlah dalam dompet ada rm20 ja, nak makan sini macam mahal.
 Memang benar, nafsu adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal, dan aku memang antara orang pertama yang terjerumus dengan hawa nafsu pada malam itu. Seramai 7 orang berjaya memperjudikan duit di dompet mereka tanpa kisah apakah natijahnya apabila membayar bil kelak.
Peserta pertama, Qayyum.
Menu: Chickenchop+Milo Ping.
Peserta kedua, Jude.
Menu: Lambchop+Jus.
Peserta ketiga, Chang.
Menu: Grill Chicken+Sprite.
Peserta keempat, Bulat.
Menu: Grill Chicken+Nescafe.
Peserta kelima, Syai.
Menu: Chickenchop+Strawberry.
Peserta keenam, Samsul.
Menu: Chickenchop+Strawberry.
Peserta Ketujuh, Aku.
Menu: Lambchop+Sprite.
Menu Chickenchop+Milo ping.
Sedap mata memandang, sedap lagi mulut yang memakannya.
Makan memanglah sedap, tapi ingat-ingat duit yang bakal terbang nanti. Tapi makanan sini taklah semahal yang kami sangka, Chickenchop ni harganya RM14++.
Samsul menunjukkan cara yang betul makan Chickenchop menggunakan garfu dan pisau. Leceh betul, awal-awal aku gunalah juga benda ni, last-last guna tangan juga. Malu pun malulah, perut dah lapar.
Kami berjaya meninggalkan Upperstar hidup-hidup tanpa perlu mencuci pinggan akibat tidak cukup duit membayar bil. Secara purata, makanan kami tidaklah mencecah rm20,Government Taxnya agak mahal tapi memang berbaloi-baloi makan kat sini.
Perut pun dah kenyang, masa untuk balik.
Selamat tinggal Upperstar. Nanti ada elaun lagi kami ke sini. Ops.. nanti ada gaji kami ke sini lagi. Kepada syai, jangan bagi habis duit elaun, simpan untuk beli meggi dan bahan makanan yang lain. 

p/s Ada masa jom kita jalan-jalan cari makan yang lain lagi.


 
Related Posts with Thumbnails