09 October, 2010

10 Oktober 2010 (10.12 am)

Aku Pun Nak Jadi Karakter Hero

Kalau kamu diberi pihan, siapakah karekter Hero yang anda nak jadi? Ini adalah pilihan aku, lebih tepat lagi hero2 bumi yang menjadi harapan insan teraniaya yang lemah lagi tak terdaya.

10. Hulk merupakan seorang yang baik tutur kata, menjaga hati kawan-kawan serta anak mak. Namun kerana eksperimen kerajaan antah berantah beliau boleh menjadi jejaka hijau yang besar apabila maraH. Kelebihan Hulk ni kuat jangan cakaplah tetapi setia dengan GFnya, walaupun tengah marah tu sempat lagi bermain mata dengan GFnya.

9. Flash (Barry Allen) sepantas anda menyebut namanya. Cuba anda menyebut nama anda, mesti lambatkan?. Flash boleh bergerak sepantas kilat. Flash ni merupakan seorang inspektor polis bahagian penyelidikan, satu hari beliau disambar kilat dan bahan kimia jatuhke badannya. Seperti cerita hero lain, esoknya beliau jadi seorang yang baru.
8.Iron Man (Anthony Edward Stark), seorang yang mewarisi sebuah empayar teknologi dari bapanya. Beliau yang pada mulanya mencipta senjata bertukar kepada mencipta "sut" perang yang hebat untuk menegakkan keadilan. Seorang playboy yang hebat, mungkin juga kerana mengambil tips daripada blog ::hidup saya indah::
7. Spiderman (Peter Parker), seorang penuntut universiti yang bekerja sebagai pengambil gambar bebas. Spiderman terjadi kerana gigitan labah2, kerana jika digigit anjing, kucing atau harimau maka mungkin nama lain yang akan diberikan kepadanya. Perbezaan watak spiderman ialah kerana beliau pandai berlawak walaupun tengah dalam berlawan. Beliau juga sering didenda oleh Majlis Bandaraya kerana mengotorkan bandar dengan sesawangya. Kata orang dibelakang lelaki yang berjaya ada perempuan dibelakangnya, maka timbullah karakter Mary Jane.

6. It's a bird.. no! it's a plane..no! IT'S SUPERMAN. Superman aka Kal el aka Clark Kent jejaka yang berasal dari planet Krypton. Sebutlah apa sahaja yang anda nak tahu tentang kuasanya yang melampau2 hebatnya. Kalis semua jenis peluru, laju seperti Flash,boleh terbang, mata boleh pancar laser,Kuat umpama badang ,hensem.. eh, itu kuasa jugakah? mungkin juga kuasa untuk menarik wanita. Sempurna bagi seorang karakter, namun kalah dengan batu yang berasal dari planetnya sendiri. Menjadi wartawan sebagai samaran. Yang aku hairan macammana orang boleh tak beza clark kent dengan superman, padahal setakat menyamar sikat rambut belah tepi dan pakai cermin mata ja, ok.. mungkin sebab dia pakai spender kat luar jadi orang banyak fokus situ ja.
5.Ultraman tiga, karakter ultraman yang sering membantu manusia menghapuskan raksasa. Menjadi kegilaan ramai kanak2 kerana hebat walaupun ultraman ni bercakap tak bergerak mulut. Hanya muncul apabila ada raksasa. Berlawan 3 minit pastu.... bip...bip...bip.. kena buat final blow and menang. Seperti kewajipan karakter hero, mesti kalah dulu baru menang. Ultraman ada keluarganya sendiri, so kalau nak kalah kadang2 panggil geng juga dia ni. Tapi antara karakter yang aku pilih dia ni la yang paling besar.
4.Wolverine aka James Howlett aka Logan. Karekter inilah yang membuktikan kata2 "Muka ganas tetapi dalam hati ada taman" itu benar belaka. Seorang jejaka romantis yang hanya nak hidup dalam aman namun lahir sebagai mutan. Pada awalnya hanya mengeluarkan tulang dari tangannya namun selepas eksperimen, seluruh tubuhnya disaluti logam meteor. Maka beliau menjadi kuat, tahan pukul dan mempunyai tahap penyembuhan yang setinggi KLCC. Maka agak payah hendak melawannya kecuali magneto penjahat yang mengunakan kuasa magnet.
3.Masked Rider Black RX ataupun Satria Baja Hitam. Masa cerita ni main kat TV2 aku sanggup escape sekolah untuk tengok cerita ni diTV hitam putih nenek aku. Banyak2 masked rider, ini adalah karakter yang meninggalkan kesan sentimental dalam diri aku. Mempunyai kereta dan motor yang boleh berkata2 untuk berkongsi masalah peribadi mahupun masalah kerja. "Rider Kick" merupakan serangan penamat yang pastinya membawa kepada kekesalan di hati penjahat yang ingin melawan beliau.

2. Batman (Bruce Wayne), pemuda yang hensem lagi kaya. Batman hidup dengan kemewahan serta didampingi ramai gadis, playboy terbaik di Gothan City. Namun hakikatnya, hidupnya dibayangi kenangan buruk menyaksikan pembunuhan keluarganya di hadapan mata. Oleh itu, beliau berjanji akan memerangi kejahatan. Apa yang aku suka pada batman ini kerana dia hanyalah orang biasa yang mencipta gadget2 untuk berlawan disamping mempunyai ilmu yang tinggi dalam banyak hal. Dia menjadi inspirasi sebenar sekiranya anda ingin mencuba menjadi lelaki kelawar.
1.Son Goku (kakarrot), karakter utama dalam komik Dragon Ball yang aku pasti kalau kamu tak habis baca pun mesti tahu. Berasal dari planet Vegeta dari keturunan Saiyan (dibumi dikenali sebagai jawa). Kedatangan ke bumi dengan misi menghancurkan bumi namun terhantuk batu menyebabkannya hilang ingatan. Seorang karakter periang, kuat makan dan lurus. Mempunyai hati waja dan pantang mengalah demi melindungi orang bumi. Boleh bertukar kepada super saiyan dan menukarkan rambut dari hitam ke blonde. Wow.. patutlah ramai trend nak bagi colour rambut sekarang. Kamehameha merupakan serangan popular Son Goku. Walaupun menjadi seorang wira, Goku berjaya menjadi seorang Bapa yang penyayang kepada Gohan dan Goten. So, apa karakter hero komik kegemaran anda?

p/s sangat bangga kerana Malaysia pun ada hero2 seperti Sang Wira dari planaet jingga, Cicakman, Keluangman.. erm.. UpinIpin pun best.

No comments:

Related Posts with Thumbnails