10 October, 2010

11 Oktober 2010 (12.49 am)

Karangan Bergambar
Tajuk : Omnivor ke Herbivor
Pada petang ahad yang lalu, aku menerima ajakkan dari rakan-rakan aku Chang, Samsul dan Qayyum untuk berjalan-jalan di tepi pantai. Aku yang pada mulanya agak malas untuk keluar akhirnya akur dengan ajakkan mereka. "Bukan aku tidak mahu keluar, aku cuma malas hendak membuang duit", kata aku yang sememangnya pandai menyimpan duit. 

Kami memulakan perjalan lebih kurang selepas Asar menggunakan kereta Samsul memandangkan kereta aku belum bertemu sahabatnya sang petroleum. Aku merasa agak kekok kerana agak jarang duduk di tempat penumpang.
 Samsul menjadi pemandu yang sangat berhati-hati serta bertanggungjawab kepada
pengguna jalanraya yang lain.
Chang pula telah menabur janji-janji manis
di tepi bibir untuk membelanja kami makan
jagung manis di tepi pantai. Untuk pengetahuan
semua, Chang mempunyai sedikit darah cina dari
suku sakatnya yang bau-bau bacang. Mungkin dari situ timbul nama "Chang".
Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan, mungkin itu yang cuba diperaktikkan oleh Qayyum merangkap teman sebilik aku atau mungkin Qayyum sedang berkhayal mengenai sesuatu yang hanya dia tahu.
Pemandangan kesesakkan lalu lintas untuk ke Tanjung Aru, pantai utama yang sering menjadi tumpuan keluarga serta ramai orang untuk menenangkan fikiran di masa lapang.
Kami sampai dan bercadang meletak kenderaan di dalam kerana tempet letak kereta di luar telah penuh. Aku terkesima melihat tanda "STOP" yang terbalik. Ini boleh menimbulkan sesuatu pelik kepada pelancong luar dan sepatutnya pihak berkenaan mengambil tindakan segera.
Angin agak kuat pada masa ini, dan laut agak pasang dan bergelora. Slash, seorang lagi sahabat kami tidak dapat mengikuti perjalan ini kerana terlibat dengan perlawanan bola sepak.
Ramai keluarga membawa anak-anak mereka untuk bermain dengan desiran ombak di pantai nan indah.
Pemandangan yang sungguh mendamaikan hati. Ditambah lagi dengan kehadiran angin yang meniup-niup lembut ke muka.
Kami melepaskan lelah serta menghirup udara pantai yang segar sebelum berjuang menjadi herbivor. Sila abaikan rokok itu kerana rokok membahayakan kesihatan.
Ternyata Chang bukanlah lelaki yang menanam tebu di tepi bibir, dia dengan bangganya membeli jagung seperti kami memakan jagung sebagai makanan ruji. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Di sinilah bermulanya transformasi dari Omnivor ke Herbivor kami.
Untuk mengisi masa terluang, kami menganjurkan pertandingan makan jagung bertemakan "siapa cepat dia kenyang", namun akhirnya kemenangan jatuh ke tangan Chang yang sememangnya juara bertahan bagi makan cepat edisi buah-buahan. Kami juga mengikut pesan Ustaz kami agar menundukkan pandangan kami agar tidak terjerumus mendapat dosa ketika hanya berniat ingin memakan jagung.
Chang yang makan dengan penuh fokus serta daya saing yang tinggi untuk menang. Aku menjadi pengkritik sahaja kerana jika aku ikut pertandingan ini tanpa segan silu aku akan merangkul juara tanpa berpeluh setitik pun.
Oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan, kami terpaksa meninggalkan Tanjung Aru lebih awal dari yang dijadualkan. Angin kuat serta gerimis mula turun pada masa itu. Aku sempat merakamkan detik-detik cemas samsul hampir diterbangkan angin.
Pandangan aku meleset sama sekali, aku seperti kaku tidak terkata kerana Chang turut sama diterbangkan angin pada masa itu. Mujur juga mereka diselamatkan oleh "lifeguard" yang bertugas masa itu seperti dalam "baywatch".
Kami pun pulang ke pangkal jalan setelah berjaya menukarkan makanan tadi menjadi tenaga. Semoga pengalaman aku bersama rakan-rakanku dijadikan pedoman kepada orang lain, maka Sediakanlah payung sebelum hujan.

p/s jalan cerita mungkin ada ditokok tambah daripada aksi sebenar, namun tiada sebesar zarah pun sesiapa yang cedera semasa karangan ini dibuat.

4 comments:

Lilyana said...

man entry ko selalu lwak..hehehe

diariakuiman said...

terima kasih kerana selalu baca blog aku :)

Md.Ariff said...

man kau x kena terbang oleh angin kah?

diariakuiman said...

haha.. agak kasar di situ

Related Posts with Thumbnails