06 October, 2010

07 Oktober 2010 (12.45 pm)

Tip Menguruskan Badan.

Pertama sekali, anda kena betulkan niat serta mempunyai keazaman
yang tinggi sebelum membaca tip ini.
.....
.....
Dah berniat?
Berniatlah untuk sihat, kekal cergas untuk mewakili maktab
dan untuk menyenangkan anda mencari saiz2 baju di tong, cp
serta kedai pakai yang lain.

Masalah yang sering dihadapi oleh orang berbadan saiz besar.
1.Susah nak cari baju yang cantik2, pencarian baju berakhir
dengan mencari saiz, bukan memilih warna atau corak yang diminati.
2.Susah memilih kasut yang kena dengan kaki kerana selalunya
orang bersaiz besar mempunyai kaki yang lebar.
3.Sukar mewakili jenis2 sukan yang menghendakkan anda berlari
laju umpama Watson Nyambek, lompat tinggi, lompat jauh
dan pelbagai jenis sukan gabungan di atas. Last2, hanya
mewakili lontar peluru dan rejam lembing. Kenapa? kerana
sukan ini hanya menggunakan tangan.
4.Sesetengah orang memandang serong mahupun mengejek orang yang
berbadan besar kerana mungkin merasakan mereka ini bahan lawak mungkin juga kerana orang seperti ini tidak mampu untuk membeli
majalah ujang, apo atau komik lain sebagai hiburan.

Tip ini akan berhasil sekiranya anda mempunyai keazaman
untuk melakukan apa yang aku bakal berikan.
(semoga aku pun bakal mempunyai azam itu)

Makan:
Tidak salah jika anda mempunyai nafsu makan yang besar kerana
nafsu itu memang ada pada semua manusia, namun masalahnya ialah
bagaimana anda mengekangnya dari terus menguasai anda.
Sarapan adalah penting untuk kekal cergas di waktu pagi, makanlah
makanan seperti roti dan elakkan mengambil makanan berat. Say "NO" kepada makanan yang berGORENG,dan cuba memakan makanan yang berebus, stim serta bebas alkohol dan minyak. Lebihkan memakan buah dan sayur yang berdaun, kerana mempunyai banyak vitamin serta baik untuk kulit.Cuba kreatifkan diri anda
dalam menyediakan makanan yang mempunyai sayur atau makan begitu sahaja sebagai salad. Mayonis sebenarnya sangat mempunyai lemak yang tinggi, pokoknya benda yang sedap memang menggemukkan.Jika dahulu nisbah nasi anda ialah 2 pinggan, cuba kurangkan dari masa kesemasa, namun jangan sampai menyeksa diri nanti berdosa pula.

Bersukan:
Riadah seperti sukan baik untuk badan kerana menguatkan jantung anda serta menggurangkan jumlah lemak di badan. Menurut Mak aku yang sering meleter melihat badan aku, waktu yang baik untuk bersenam ialah pada waktu pagi kerana jumlah oksigen yang tinggi serta rehat yang cukup setelah tidur semalaman. Ini juga boleh meningkatkan metabolisme badan serta meningkatkan kadar denyutan jantung anda. bersenamlah sekurang2nya 3 kali seminggu.Perkara
pertama inalah denganmengira kadar BMI anda:
Cara: 
Berat anda(kg) di bahagi dengan 2 kali tinggi anda (m)
sebagai contoh :
bERAT BADAN (KG)
2 X Tinggi (M)

80 kg bahagi 2x1.68m
=  23.8
 Jadi sekiranya
< 18.5, badan anda terlalu ringan
18.5 hingga 24.9, anda adalah normal
25 hingga 29.9, berat anda berlebihan
30 > anda adalah di kalangan obesiti.
Obesiti ialah orang  yang berisiko tinggi menghidap sakit kencing manis serta darah tinggi. glurpp.. alamak!!
so, kira ini dan fokus kepada berapa penggurangan yang sepatutnya untuk berat ideal anda pada ketinggian anda. Sila periksa sebulan sekali atau lebih baik seminggu sekali.Sebelum tidur, kalau nak boleh sit up 10 kali. Amalkan setiap malam, minum air then sleep sweetdream. Jika anda merasa lapar di waktu malam, jangan makan berat, cuma makan jenis kekacang seperti kuaci yang konfom makan tak kenyang dan kacang rebus. JANGAN makan malam lewat, iaitu 9 ke atas.

Tidur :
Elakkan anda tidur secara berlebihan kerana hanya menyebabkan encik serta cik lemak berdiam diri. tenaga yang tidak digunakan akan bertukar kepada lemak. Untuk memudahkan anda,
Anda makan > tenaga > tenaga tak diguna > lemak > Gemuk.
Perbanyakkan minum air putih atau air mati sekurang2nya 8gelas penuh tanpa menitik sedikit pun. Hehe..
Ini boleh membantu anda melawas banda2 yang sepatutnya terlawas.
"tengok aku,di beri makan tanpa henti, bebaskan aku.. contoh iklan diradio yang ntah apa produk tu. 

Menonton TV dan bermain games:
Ini sememangya sukar untuk dielak kerana nafsu+hasutan saitan
sering membuatkan kita duduk untuk melayan cerita hindi, jiwang horror dan pelbagai lagi alasan yang sering terlintas. Sila "JAUHKAN" diri anda dari makanan ketika melayan benda ini kerana seperti aku tulis tadi, makanan yang dimakan menghasilkan tenaga dan jika tidak digunakan anda akan menjadi lemak. Lainlah jika anda telah berkahwin dan tup2 tepat kena dengan malam jumaat, mungkin anda boleh salurkan tenaga itu kepada aktiviti yang sihat bersama pasangan anda.

Semua ini bergantung kepada anda kerana lagi anda berusah lagi nampak hasilnya. Pada aku yang hanya tahu ni kenalah amalkan bila aku rasa da tiba masa, mungkin sebagai persediaan di pedalaman nanti. InsyaAllah.

P/s aku tabik kepada yang ada kekuatan diri, tapi janganla sampai menyeksa diri anda kerana anda begitu berharga.



 

1 comment:

Md.Ariff said...

oho macam ne pulak. thanks. lihat perubahan 3 bulan lagi hahaha

Related Posts with Thumbnails