16 October, 2010

17 Oktober 2010 (10.14 am)

Adakah anda peminat Filem?
Adakah anda pernah mengalami tangan gatal,
pening, demam, muntah darah atau pengsan sekiranya anda tidak menonton filem di pawagam seminggu sekali?

Walaupun anda mengalami gejala-gejala seperti ini, tolong jangan pernah terfikir untuk menonton filem ini.
Hidup anda tidak akan terganggu pun sekiranya anda tidak menonton filem ini bahkan sekiranya anda pergi menonton filem ini, emosi anda pasti akan terganggu secara mendadak seperti ingin melakukan demonstrasi di jalanraya.

Oleh itu, aku menyeru kepada semua peminat filem agar JANGAN pergi menonton filem ini, sekiranya anda ingin tahu sebabnya pergilah menonton filem ini dan rasakan sendiri keajaiban filem ini.

Say No To "The American"

p/s Tertekan gila aku tengok cerita ni, maaf kepada rakan-rakan seperjuangan yang menonton filem ini semalam.

3 comments:

epa_is_fred said...

kau ka yg recomend dorng tgk ni? isk3..

Munchkin said...

first time sa tgk wyg smpi tetidur. alpha & omega aritu pun teruk gila tp ini lagi teruk.

diariakuiman said...

ish3.. tidak terlintas aku nak tgk cerita ni

Related Posts with Thumbnails