26 November, 2010

27 November 2010 (02.45 pm)

Akhirnya.. Aku Pulang

Setelah berhari-hari kami memperjuangkan semangat PISMP Sem 8 untuk terus berada di IPGaya akhirnya hari ini aku akhirnya pulang ke pangkal jalan.

Kereta aku yang semput dihimpit barang yang macam2 aku sumbat di dalam kotak. "Macammana nak kemas barang 4 tahun dalam beberapa hari saja?"
Pandangan belakang bonet kereta Kelisa aku.
apa kata aku pos barang-barng ni, pastu ambik kat pos office beaufort? bernas kan? kan..kan.. 
aku pun hairan kenapa baju aku byk sgt padahal aku macam dah bawa balik dah semua.
Rakan-rakan yang hensem-hensem belaka belanja makan donut Big Apple sebelum balik.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu ada bila susah dan senang dan aku minta maaf kerana terpaksa balik sebelum anda semua.
Dari kiri : Bul, Greg, Boy, Shah dan  Saiful. Arip tiada kerana ke tandas melepaskan hajat.
Selamat tinggal IP Gaya, terima kasih atas semua memori yang indah dan yang tak indah.

p/s aku macam sedih. dahlah malas dah aku taip.   waa..waa..

25 November, 2010

25 November 2010 (09.46 pm)

Semalam Yang Hangat

Memandangkan kami merupakan antara spesis terakhir PISMP ambilan JaNUARI 2007 yang masih meneruskan kehidupan di IP Gaya, kami keluar bersama-sama untuk makan sahaja pada mulanya dan melarat hingga bercadang menonton wayang. Memang begini selalunya, rancang lain dan selalunya rancangan itu akan bertambah.

Kami memulakan rancangan ini dengan bacaan doa oleh Saudara Arip dan berangkat ke CP. Seramai 7 orang yang hensem-hensem belaka mengikuti program ini. Sungguh seperti laporan rasanya penulisan aku. Ahli yang terlibat ialah Qayyum, Bullat, Shah, Greg, Polz Armanz, Arip dan Aku.

Setelah memakan nasi ayam, minum air bergas, makan aiskrim dan berjalan-jalan mengelilingi CP, akhirnya timbul rasa bosan dan mulalah bercadang menonton wayang. Semalam merupakan "movie day" so nak tengok wayang pun murah hanya rm5 berbanding hari biasa (tanpa student card) rm8.

Pilihan pertama wayang bertajuk Bruce Lee, My Brother tetapi tak jadi kerana Polz Armanz cakap wayang ni berbentuk dokumentari, nanti bosan pastu kami tertido pula. Bukan kami tengok wayang, wayang pula tengok kami. Dalam gambar ni Arip menunjukkan nama pelakon yang sama macam namanya. Tak percaya, tengok sendiri kat CP.
Wayang pilihan kedua, aku pun tak tahu lah tajuknya tapi yang pasti cerita ni macam belum keluar lagi. Shah dan greg cuba meniru aksi di dalam poster, mungkin juga mereka mahu masuk ke bidang teater di sekolah nanti.
Wayang Faster, belum lagi keluar. Aku memang minat The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson start aku tengok dia jadi ahli gusti kat WWF. Kerana minat itulah aku selalu menonton movie yang ada dia, tak kisahlah dia jadi watak pembantu sekali pun. AH! sudahlah greg, aku pun mahu bergambar dengan The Rock.
Kerana poster wayang yang macam best dah habis, aku terpaksa menyamar jadi singa dan c bullat jadi tikus. Ini pula wayang Narnia yang bakal keluar disember nanti.
Untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja, Shah dan Polz Armanz di atas bukanlah pasangan gay,lebih-lebih lagi mempunyai hubungan terlarang, mereka hanya meniru aksi poster Khurafat yang memang mungkin menjadi wayang yang dinantikan bagi peminat filem seram. Memang ada gayalah Shah dan Polz Armanz yang sentiasa cool dalam setiap gerak gerinya.
Ah ha! ini lah wayang yang kami tonton semalam. Aku rasa macam dah lama tak tengok wayang selepas fobia tengok the American dulu. Hanya wayang ni yang tak lewat dalam jadual, Jam 10 mula dan habis tengok jam 11.3+. 

Dari kiri: Metro Man, Minion, Megamind, Roxanne dan Titan.

Sinopsis Versi aku:
Cerita ni berbentuk superhero, sebelum planet sebenarnya meletup, Megamind dan Minion (binatang peliharaan yang jadi kawan baik megamind) di hantar ke bumi oleh keluarga Megamind. On the way ke bumi dia terjumpa dengan Metroman yang turut sama di hantar ke bumi. Mereka membesar bersama dan bersaing sejak kecik.

Siapa yang jaga mereka?

Megamind = Banduan di penjara
Mempunyai kehebatan mencipta gadget dan bijak dalam mengatur strategi
Metroman = Orang kaya
Mempunyai kekuatan super (senang cerita macam superman) dan di sukai ramai.
sinopsis versi aku lagi.
Megamind ni dah memang rutin gaduh,buat kacau dan culik roxanne untuk menarik perhatian Metroman, dalam satu percubaannya dia secara tak sengaja terbunuh metromen dan hidupnya berubah menjadi bosan kerana matlamat hidupnya telah mati. Jadi dia membuat plan jahat mencipta hero baru menggunakan DNA Metromen, maka tercipta lah Titan.
Semasa dalam usaha mencipta Titan, Megaming menyamar menjadi orang biasa menggunakan jam tangannya dan rapat dengan Roxanne, dan akhirnya mereka jatuh cinta. Part ni yang aku rasa sweet dan terus teringatkan orang yang tersayang. Titan pula bukan jadi superhero tapi jadi jahat nak mampus.Jadi siapakah yang akan mengjalang Titan? Bagaimana kesudahan kisah cinta Megamind? Saksikanlah Movie Megamind di panggung yang berdekatan dengan anda.

Muka puas hati tengok filem animasi yang mempunyai nilai-nilai persahabatan, percintaan, tanggungjawab dan kelucuan. Dah lama aku tak ketawa berabis tengok wayang.

p/s dah posting nanti entah bila boleh tengok wayang dengan kawan-kawan.

22 November, 2010

22 November 2010 (09.21 am)

Selamat Bertunang kepada Epatung dan Fred

Bertempat di kediaman keluarga, Epa telah selamat di tunangkan dengan Fred atau nama sebenarnya Fendy Saili pada tarikh 21 November 2010 di kampung Antah Berantah sebelah Kampung Contoh.

Aku terlewat bangun lagi hari ini, dan terlewatlah jawabnya ke rumah Epa
 Aku, Samsul,Payet dan Qayyum bergerak terus ke rumah Epa, member-member yang lain berkumpul di rumah Haznie, baru gerak ke rumah fred pastu ke rumah Epa.
Plan Kami:
Dari IP Gaya > Rumah Epa (tapi lupa jalan)
On the way jalan kami terserempak dengan Dono, so kami follow saja Dono, kerana beranggapan dia tahu rumah Epa
Rupa-rupanya Dono pun ingat-ingat lupa seperti kami yang semuanya seperti dihinggapi penyakit alzheimer. Kami singgah di Bukit Vor untuk mengambil Farah
On the way ke rumah Epa, aku nampak sofa yang tertulis nama aku. Popular juga aku ni, tapi lain kali tulislah kat newspaper, majalah atau Kajian Tindakan. Bak kata Lecture Edu aku "tak senonoh betul" tulis kat sofa yang dah uzur ni.
Slash awal dah sampai dari kami, sempat lagi dia menolong memotong Tembikai, orang kampung aku panggil cikui.
Kami sempat bergurau senda tahap 18 tahun ke atas sebelum rombongan Fred datang.
Samsul memberi motivasi kepada Farah dan Anum yang tengah sibuk menolong di dapur.
Dari kiri: Payet, Dono, Aku dan Qayyum
Farah dan Samsul sedang sibuk memotong tembikai di dapur.
Kami sempat bergosip ringan-ringan sebelum rombongan keluarga Fred datang. Yang hensem di kanan tu Awe
Dono, Cletus dan Qayyum bercerita ilmiah mengenai ura-ura posting di laman Fesbuk.
Inilah dia Epatung atau nama sebenarnya Iffahzuleha Elmandily.
Ini tunang Epa, Fendy aka Fred bergambar bersama barang hantaran.
7 dulang barang hantaran, tidak termasuk jambatan emas dan perak dari rumah Fred ke rumah Epa.
Dari kiri : Shah, Nisa, Nanie, Amy, Joyce, Gjan dan Raffie. Bidadari dan bidadara mengangkat dulang hantaran.
Antara teman-teman yang datang ke majlis pertunangan ini. Baiknya muka Arip, beruntung siapa dapat.
Memang ramai orang datang, rasa macam majlis kahwin dah ni. Dari kiri: Raffie, Shah dan Nick Sangkalai. Yang belakang tu aku tak kenal.
Setelah majlis berakhir, semua berpusu-bergambar bersama Epa yang macam artis dah aku tengok melayan peminat.
Dari kiri : Nik, Aku, Gjan, Samsul, Epa, Slash dan Qayyum.
Senyum seperti iklan ubat gigi.
Aku sempat bergambar bersama Epa yang serba hijau. Cantik pula Epa hari ini, mungkin sebab ini hari dia bertunang, jadi nampak ayu. (bohong sunat)
Kepada Epa dan Fred aku doakan kamu cepat-cepat kahwin kekal hingga ke akhir hayat. Jangan tengok lama-lama tunang orang ni.

p/s nanti aku ada duit aku pun nak bertunang dan kawin, best sebab banyak kawan-kawan berkumpul di majlis macam ni.

13 November, 2010

14 November 2010 (02.51 am)

Jalan-Jalan Mencari Inspirasi

Bosan dengan kereta yang kecik? inginkan sesuatu yang baru wangi dari kilang? Bosan dengan kereta yang bernama seperti haiwan? kini tidak lagi kerana adanya kereta Proton Lancer, eh Proton Inspira yang memang macam best kalau anda mampu membelinya. 
Otak geliga arip yang membawa aku ke pusat Proton Edar di Inanam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kereta baru keluaran Proton. Arip pun menggunakan kereta Proton Saga BLM.
Kami turut mengajak Greg atau lebih dikenali sebagai Cikgu Comel dikalangan muri-murid perempuan di setiap sekolah aku berpraktikum dengannya.
Inilah kereta Proton Inspira yang di datangkan dengan 1.8 dan 2.0. Pemanduan ini dikatakan sangat smooth hingga tiada rasa kejatuhan power semasa menukar gear kata abang jurujual itu. Betul atau tak, aku pun tak tahu.
Kereta ini seperti Mitsubishi Lancer, tapi agak berlainan sedikit di bahagian dalamnya.
Inilah abang tiri kepada Proton Inspira tersebut keluaran Mitsubishi. Cantiknya, aku memang suka biru.
Sebelum anda membeli, anda kena tahu yang kereta ni berlainan eksesorinya mengikut harga, makin murah anda beli makin kurang barang dalamannya.
Gambar enjin kereta Proton Inspira.
Arip mendapatkan mood pemanduan mengunakan kereta Proton Inspira 1.8
Greg pula bertukar tempat dengan Arip. Ketika inilah aku mendengar testimonial dari seorang abang berbaju oren mengatakan "sekurang-kurangnya kereta ini lebih baiklah dari saga BLM" yang membuatkan Arip sayu mendengar testimonial itu.
Aku hanya memegang buntut kereta ini kerana memang takkan mampu membelinya, walaupun aku menggunakan kereta Perodua Kelisa tapi aku bangga kerana kereta itu banyak berjasa sama aku, lagipun kereta ni agak mahal bulanannya dari rm 8++ hinga rm 1+++.
Sebelum kami balik, Arip sempat sekali lagi melepaskan berahi terakhir duduk di kereta ini walaupun banyak lagi orang bersusun nak take over tempat dia "test" duduk di sini.
Anda rasa anda mampu? inilah list harga kereta Proton termasuk Proton Inspira.
 Kerana agak lapar, setelah pusing 4-5 kali dapatlah parking dan makan malam di pasar walaupun baru waktu petang.
Cikgu comel yang menjadi siulan gadis-gadis di pasar khusyuk memakan nasi goreng ayam.


p/s aku nak beli rumah dan barulah aku fikir nak beli kereta atau tak, sebab aku sayang kereta Perodua Kelisa hitam aku.
Related Posts with Thumbnails