11 June, 2012



Video ni dah di privatekan oleh matluthfi di channelnya.
ini aku jumpa di channel orang lain. 
Kenapakah agaknya
dia privatekan video ini? 
ada ura-ura angin sepoi-sepoi bahasa
mengatakan bahawa pihak pengurusan KRU 
mahu menyanyi menyaman dia kerana 
komen-komennya di dalam video ini.

p/s aku minat vlogger ni, sentiasa menunggu dia update
vlog di youtube.

08 June, 2012


Olga-Hancur  Hatiku

Cuba korang dengar dan hayati liriknya.
Aku rasa mesti susah dorang buat lagu yang
penuh tersirat dan tersurat ni.

p/s terasa macam aku pun boleh tulis lirik

05 June, 2012

06 Jun 2012 (11.40 am)

Hidup Ini Suatu Perubahan

Perubahan ke arah yang baik selalunya yang dimahukan oleh setiap orang di dunia tanpa mengira latar belakang, depan,  atas, bawah mahupun tepi. Ini termasuk tanpa mengira warna kulit hitam manggis, coklat kit kat, kuning langsat mahupun 
putih macam aku.

Ya, itulah yang berlaku di sekeliling aku. Mahu tak mahu aku kena terima kenyataan yang kawan baik aku telah pun berkahwin.  Perubahan yang baik. 
Aku mendoakan yang terbaik kepada
Qayyum dan Ida semoga menjalani bahtera perkahwinan  dengan penuh tanggungjawab, kasih sayang dan  paling penting rasa percaya antara satu sama lain.

Jadi siapa pula selepas ni? setelah meramal melalui cus ( ala yang ada batu, kertas dan gunting tu) ramalannya ialah 
Zool > Chang > Samsul > Slash > Aku.

Sungguh kurang matang menghabiskan masa meramal benda ni waktu makan lunch kelmarin.

Akhir kata, tahniah Qayyum, aku rasa agak janggal sikit dengan ketiadaan kau semasa kami jalan-jalan, makan-makan, mengurut badan di kerusi RM1-3minit, memanah, tengok wayang
k-box dan banyak lagi (lupa). 

sekian,
diariakuiman

p/s ada masa jom minum-minum dan cerita tentang pengalaman kau yang dah kahwin ni kepada kami. Kami akan cuba sentiasa ada bila kau perlukan kami. (tapi belanja la minum hehe..)

30 January, 2012

31 Januari 2012 (01.55 pm)

Selamat Tahun Baru 2012


selamat datang 2012, selamat tinggal 2011 yang penuh kenangan suka, 
duka dan keasyikkan berasmara bercuti. Ya, aku agak kekok di sini kerana
telah lama tidak menulis blog ini. kenapa? 

1) Selama ni aku tulis blog di maktab guna broadband ehsan dari Qayyum
dan arif semasa mereka tidur (atau terpaksa tidur sebab aku buat muka 
20 sen sebelah dorang)

2) aku terkena "culture shock" di kampung, lagipun di rumah tiada internet.

3) Komputer aku asyik rosak, terutama kerana disambar petir
ketika bermain game.

4) aku malas dan tiada idea, bak kata slash aku semakin
jumud dalam hidup ni. Entah kenapa pula dulu di maktab aku 
ada banyak idea hingga mencurah-curah ke ladang gandum.

kenapa aku berblog balik?

1) aku da ada streamyx (tapi line slow, balik-balik nak complain ciss... 
kau streamyx.. i hate u)

2) aku rindu pada blog aku

sekian,
yang menurut perintah,
diariakuiman.

p/s aku dah masuk 25 tahun, bila sebut 25 tahun macam tua pula ku rasa
tapi macam baru kelmarin aku 18 haha..sungguh berangan.. tapi masih ada orang ingat aku masih muda.. ketara la aku muka bayi (baby face)



26 November, 2010

27 November 2010 (02.45 pm)

Akhirnya.. Aku Pulang

Setelah berhari-hari kami memperjuangkan semangat PISMP Sem 8 untuk terus berada di IPGaya akhirnya hari ini aku akhirnya pulang ke pangkal jalan.

Kereta aku yang semput dihimpit barang yang macam2 aku sumbat di dalam kotak. "Macammana nak kemas barang 4 tahun dalam beberapa hari saja?"
Pandangan belakang bonet kereta Kelisa aku.
apa kata aku pos barang-barng ni, pastu ambik kat pos office beaufort? bernas kan? kan..kan.. 
aku pun hairan kenapa baju aku byk sgt padahal aku macam dah bawa balik dah semua.
Rakan-rakan yang hensem-hensem belaka belanja makan donut Big Apple sebelum balik.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu ada bila susah dan senang dan aku minta maaf kerana terpaksa balik sebelum anda semua.
Dari kiri : Bul, Greg, Boy, Shah dan  Saiful. Arip tiada kerana ke tandas melepaskan hajat.
Selamat tinggal IP Gaya, terima kasih atas semua memori yang indah dan yang tak indah.

p/s aku macam sedih. dahlah malas dah aku taip.   waa..waa..
Related Posts with Thumbnails