05 June, 2012

06 Jun 2012 (11.40 am)

Hidup Ini Suatu Perubahan

Perubahan ke arah yang baik selalunya yang dimahukan oleh setiap orang di dunia tanpa mengira latar belakang, depan,  atas, bawah mahupun tepi. Ini termasuk tanpa mengira warna kulit hitam manggis, coklat kit kat, kuning langsat mahupun 
putih macam aku.

Ya, itulah yang berlaku di sekeliling aku. Mahu tak mahu aku kena terima kenyataan yang kawan baik aku telah pun berkahwin.  Perubahan yang baik. 
Aku mendoakan yang terbaik kepada
Qayyum dan Ida semoga menjalani bahtera perkahwinan  dengan penuh tanggungjawab, kasih sayang dan  paling penting rasa percaya antara satu sama lain.

Jadi siapa pula selepas ni? setelah meramal melalui cus ( ala yang ada batu, kertas dan gunting tu) ramalannya ialah 
Zool > Chang > Samsul > Slash > Aku.

Sungguh kurang matang menghabiskan masa meramal benda ni waktu makan lunch kelmarin.

Akhir kata, tahniah Qayyum, aku rasa agak janggal sikit dengan ketiadaan kau semasa kami jalan-jalan, makan-makan, mengurut badan di kerusi RM1-3minit, memanah, tengok wayang
k-box dan banyak lagi (lupa). 

sekian,
diariakuiman

p/s ada masa jom minum-minum dan cerita tentang pengalaman kau yang dah kahwin ni kepada kami. Kami akan cuba sentiasa ada bila kau perlukan kami. (tapi belanja la minum hehe..)

4 comments:

Md.Ariff said...

noriman!

seam said...

Perubahan positif penulis..

Anonymous said...

abg iman bila lagii.. ;)

diariakuiman said...

arip!
sul- kau pun patut berubah, memanah lebih cepat lagi..
ummi-lama lagi kot.. blm sampai jodoh.. hehe

Related Posts with Thumbnails