07 October, 2010

07 Oktober 2010 (08.11 pm)

Bertangguh Itu Mencuri Masa.

Adakah anda mempunyai kereta?
Jika ada anda boleh teruskan pembacaan.
Adakah anda hendakkan sedikit ilmu tambahan?
Jika hendak anda boleh teruskan pembacaan.
Tapi ilmu ini tak keluar untuk UPSR, PMR, SPM, STPM mahupun ujian akhir semester anda.

Untuk parking, anda akan dikenakan bayaran, slip parking akan di letak di bawah wiper anda. Tak kisahlah slip warna putih, biru atau hijau (aku tak pasti erti warna slip tu mungkin lain2 syarikat mereka).

Jenis2 Manusia.
1. Parking kereta di tempat yang sepatutnya dan sentiasa membayar parking kepada makcik2 yang tulis slip parking tu.
2.Parking di tempat haram (tepi2 parking halal) kerana tak mahu membayar parking atau parking tak ada dan nak cepat (makan di Hashim dan Taj Curry House.
3.Parking halal namun bila nak bayar tak jumpa makcik yang tulis slip tu.
4.Peram kereta di rumah atau hostel kerana leceh nak parking dan lain2 lagi. Kereta hanya keluar di malam minggu atau untuk bertemu awek.

Anda tergolong dimana?
Ok, balik kepada cerita kita,
aku nak kongsi info.
Sepanjang bulan Oktober merupakan bulan
pengampunan bagi pembayaran parking( kepada yang belum bayar).

Bagaimana?
Anda kenalah mencari kaunter2 ini yang sedang hangat di seluruh Kota Kinabalu. Anda perlu memberi no.Kenderaan kereta anda dan semak berapakah jumlah pembayaran yang perlu anda lunaskan.

Ini merupakan nasib aku yang jatuh kepada jenis yang ketiga. Aku bukan taknak bayar tapi selalu tak jumpa dengan makcik yang tulis slip tu. Tahukah anda, bahawa jika anda tidak membayar awal maka cas ekses akan bertambah? lagi lambat anda bayar lagi banyak cas ekses.
Dalam hal ini, potongan 95% di berikan untuk cas ekses dan bagi cas parking tetap normal.
Aku bernasib baik mengetahui ini selepas pergi mengambil duit bersama Slash dan Qayyum di Public Bank Api-api. Berita baiknya Slash hanya bayar rm1.50 sahaja, aku pun naklah bayar. Target dalam belas ringgitlah juga, rupa2nya setelah keluar resit ni aku tak jadi bayar. Berita buruknya aku tak cukup duit.
So, siapa ada parking tertangguh tak bayar bolehlah cepat2 bayar dan kepada yang mampu sila bayarkan aku. 

P/s pasni aku nak bertukar kepada orang jenis ke-4lah. Tak lah timbul hal seperti ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails