03 October, 2010

03 Oktober 2010 (08.30 pm)

Tip Menambah Berat Badan.

Adakah anda terlalu kurus?
Pernah diterbangkan angin
ketika bersiar2 di pantai?
Pernah digelar mayat hidup, 
zombi, cicak kubing mahupun ranting
kerana terlalu kurus?
Boleh bermain gitar dengan 
tulang rusuk anda?
 
Kini tidak lagi, dengan amalan
hidup yang akan aku berikan.
 
Makan:
1.Makanan merupakan aspek utama
untuk meningkatkan berat anda. 
Cuba sedaya upaya tidak menolak rezeki,
kerana ada pepatah menyatakan,
"rezeki jangan di tolak musih jangan di cari".
Ubah diri untuk mencuba pelbagai makanan
asalkan halal.Lalaikan metabolisma anda dengan
pelbagai kerja berat agar "beliau" tidak dapat
menapis makanan menjadi tenaga dan akhirnya
menjadi lemak.
 
Bersukan:
Bersukan yang aku cuba sampaikan di sini bukanlah
seperti bermain bola, badminton mahupun berjogging.
anda cuma memerlukan "joystick" dan komputer untuk 
bersukan. Mainlah permainan seperti bola, dota serta
apa sahaja kerana yang hanya bergerak hanya jari anda.
Dengan ini anda berjaya mengeluarkan peluh di bahagian
jari sahaja. Maka penstrukturan semua perut anda dari
rata ke buncit bakal berlaku. Amalkan ini 5 jam sehari.
Tidur :
Tidur bukan hanya penting kepada manusia, bahkan juga
kepada ayam, kucing serta binatang peliharaan lain.
Tidur yang cukup baik kepada manusia, tetapi tidur yang
berlebihan sangat baik bagi mereka yang ingin membina
badan yang dahulunya kurus. Amalkanlah tido dengan bantal
busuk anda selama 8 jam ke atas, jika ingin cara ini 
lebih effektif, makanlah sebelum anda tidur.
teknik ini aku namakan teknik ular sawa.
 
Menonton TV:
 Menonton tv sangat baik kerana banyak info2 serta
ilmu kita dapat tetapi sekiranya anda ingin menambah
berat badan, tambahla aksesori lain semasa menonton tv
seperti air bikarbonat, keropok pelbagai perisa,
spegeti serta pelbagai jenis makanan lain yang tak kunjung habis. Jika malas, bawapeti ais anda yang penuh 
dengan makanan ke ruang tamu atau sebaliknya 
yang mana lebih kurang membuang tenaga anda.
 
P/s sila amalkan ini selama setengah tahun, jika tiada kesan
cuba lagi untuk setengah tahun, jika tiada kesan juga maka
bersyukurlah anda dikurnikan badan yang kurus kerana
ramai orang lagi hendakkan badan seperti itu.Siapa
ada tips nak kuruskan badan sila kongsi dengan aku.


4 comments:

Md.Ariff said...

ohhh patut lah aku besar

epa_is_fred said...

aku ada tips menguruskan badan. ko mawu? haha

ko bsr ka plak rif? napa dlm gmbr ko kurus semacam ja tu..

diariakuiman said...

haha.. arip telah mengamalkan apa yang aku cadangkan tu.. hehe

Ai.Zuhair said...

aku x besar pun ....

Related Posts with Thumbnails