04 November, 2010

05 November 2010

Makan Untuk Hidup

Agak lama juga aku tak update blog kerana sangat sibuk dengan study bersama rakan-rakan seperjuangan untuk menghadapi 2 paper EDU yang dah pun berlalu. Ok, aku tipu sikit, mungkin juga sibuk bermain games bersama rakan-rakan selepas dah habis paper hari tu. 

Aku suka makan mee segera, murah dan boleh makan 5 kali. Kalau makan kat kedai mungkin RM4 itu pun makan sekali, kalau makan mee segera boleh makan 5 kali, sarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam dan makan tengah malam. Memang tak sihat tapi itu cukup senang dan jimat. Tapi itu semua dah berakhir malam ini, kerana ada seorang superhero bernama SUPERNIK yang membelanja makan.
Nik dan KO aka fendi aka guile sedang memilih ikan yang bakal dijadikan lauk malam nan indah ini. Kenal dengan guile? salah satu character street fighter yang menjadi idola KO. Mungkin kerana itu dia jarang mengubah style rambutnya. 
Hah,inilah tu idola si KO
Nik tengah berbincang harga ikan, dah jawapannya mudah 100g=RM3. Lepas pilih ikan, kita pilih apa menunya, tunggu dorang masak, pastu makan, pastu kenyang.
 1kg ikan, ertinya 1000g, cuba teka berapa harganya? tak perlu ambik PISMP MT untuk selesaikan soalan tahap-tahap darjah 4 ni.
 "Yeah! beberapa hari ini perut hanya bergelumang dengan mee segera, tetapi tidak malam ini", kata aku yang sememangnya dah lapar.
Terima kasih kepada Nik yang mengajak aku dan KO makan malam ni. Erm KO tu bukan bererti knock out ye, nanti kamu yang knock out oleh si guile tu.
Aku tak pasti mereka terhibur tengok apa, mungkin juga tengok slot seram di TV3 yang menayangkan "aku lupa tajuknya sebab aku tak tengok sangat". Ala, KO pakai topi jadi taklah nampak dia sama sangat dengan guile.
 Menu : Air Soya segar dari tin
Menu : Ikan Masak 3 Rasa
(manis, masam...erm pedas tu rasa ka?, kalau bukan masinlah tu mungkin)
 Menu : Sayur Campur
(sayur yang dicampur adukkan pastu kita tumis)
Menu : Sotong Tepung
(Sotong letak tepung dan goreng, siap dan mudah)
Menu : Ikan Bakar Bersambal
Ini bukan menu, ini tempat cuci tangan. Makan pakai tanganlah best, boleh melakukan aksi seperti di KFC, hingga menjilat jari.
Baca doa dan jom makan. Alamak, aku ada baca doakah tadi? oh, KO dah bacakan nasib baik.
Makan-makan, jangan malu malu kata Nik yang makin hensem aku tengok, aku sukalah. 
(aku ikhlas Nik, tak menipu)
Di mana ada permulaan, di situ adanya perakhiran, ni lah hasil kerja usaha kami akhirnya memang berbaloi-baloi.


p/s Thanks kepada Nik, Opie dan Cicak yang sudi melawat-lawat kami di asrama dan selalu mengambil berat hal makan minum kami. Aku sangat terharu semasa menulis ayat-ayat ini.

4 comments:

epa_is_fred said...

ketarala part paling last tu sesi men-jek supaya kena belanja lg slalu.

Ai.Zuhair said...

aku macam bersetuju dengan epa..

man, ko tukar la tajuk blog ko ni.
bukan "diari aku iman"

tukar pigi,

"apa yang masuk dalam perut iman"
"iman dan makanan"
"makan dengan iman"

dan sebagainya.

diariakuiman said...

jalan2 cari makanlah.. hehe

diariakuiman said...

air max90, aku nak tau apa blog jau, nanti aku tgk boleh?

Related Posts with Thumbnails