12 November, 2010

13 November 2010 (04.00 am)

Perkongsian Hidup
Di penghujung perjalanan yang kabur dalam menghadapi kehidupan 5 tahun setengah di maktab (dulu) sekarang institut aku banyak mengenali erti persahabatan. Persahabatan dicipta bukannya hanya memetik jari, memetik buah mahupun seperti memakan kacang rebus yang dibeli di Tanjung Aru. Ianya dicipta dengan rasa hati terbuka antara kedua pihak, eh macam cintalah pula. Kata orang tak kenal maka tak cinta, maka cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain.

"Iman, kemas bilik kau,mak tengok dah macam kapal pecah saja bilik kau", leteran yang seperti dah biasa aku dengar dari mak aku, last-last mak aku juga terpaksa kemas bila cuti. Maaf mak, sebab malas kemas bilik yang umpama stor. Ya, aku memang ada masalah mengemas bilik, komik bertabur di sana sini.Tapi itu bilik di rumah, di maktab? alamak, tetap sama, loker jangan buka, buka saja banyak benda berhambur.
Selama aku menjadi pelatih di maktab (aku tak biasalah guna institut, sila ganti maktab tu dengan institut sepanjang pembacaan anda)aku mempunyai seramai 4 orang Roommate, bermula dari PPISMP di IPG Tawau hingga ke IPG Gaya.

Roommate Pertama
Roommate pertama aku semasa bergelar pelatih maktab ialah Marcel. Mungkin ini ditentukan oleh kaunter pendaftaran bukan kami. Bermula dari tingkat 3 hinggalah berpindah ke tingkat bawah. 1 tahun setengah mengajar aku mengenali banyak mengenai Marcel. Dialah orang pertama meminta aku merokok di luar bilik, pada mulanya aku cubalah buat, lama-lama tak juga boleh. Kesian Marcel kerana terpaksa menjadi penghidu asap rokok yang sememangnya lebih bahaya dari perokok sebenar. Oh,ya aku tidur selalu mengigau, ini juga agak menakutkan dia pada mulanya,lama-lama mungkin dah biasa agaknya. Perangai aku jarang mengemas bilik terbawa-bawa hingga ke maktab, Marcellah yang kadang-kadang menegur dan mengemas katil. Maaf dan terima kasih Marcel kerana sanggup berkongsi hidup dengan aku.

Roommate Kedua
Kalau nak cerita pasal rommate kedua aku ni Samsul, aku rasa boleh buat novel seram ni. Dipendekkan cerita, aku dan Samsul masuk lewat berbanding PISMP MT yang lain kerana kes yang teristimewa .. jeng..jeng..jeng...
Nak masuk pun tak diterima kerana tiada surat tawaran ke Maktab Gaya, nasib Encik Abdullah tolong (masa tu En.Abdullah masih berkuasa Ultramen di HEP). Samsul merupakan roommate terlama aku iaitu selama 6 semester aka 3 tahun. Orang mengelar bilik kami "heaven and hell" kerana seperti memasuki dua alam yang berbeza, sebelah bersih sebelah erm..tak juga kotor, cuma bersepah. Aku ada juga mood rajin membersihkan bilik ni tapi mood tu jarang datang kecuali masa pertama kali mengemas bilik di awal semester. Kerana masa tu elaun kecik sangat, kami memasak di bilik. Kira boleh dipanggil RESTORAN SAMMAN lah kami ni walaupun nama tu macam pelik. Kami masak, makan ramai-ramai dengan kawan. Takda duit makan sardin saja, ada duit makan ayam, ikan, paus biru, sarang burung,jerung dan macam-macam lagi makanan yang macam best. Kerana aku tak pergi jamuan Hari raya yang maktab buat, aku terpaksa merayu masuk asrama dan Samsul telah dipasangkan dengan Bullah di Sem 7. Aku pula dipasangkan dengan roommate baru dan bermulalah lagi kamus baru edisi ketiga. Maaf dan terima kasih Samsul kerana sanggup berkongsi hidup dengan aku(sekarang Samsul jiran aku, depan bilik)

Roommate ketiga
Azlan aka Kunak merupakan Roommate ketiga aku. Kanan tu gambar Greg si birthday boy, kiri pula adalah Kunak.Kunak dan aku berjaya disatukan kerana kami sama-sama merayu tinggal asrama. Perangai mengemas bilik agak sama jadi kejadian membersihkan bilik agak jarang berlaku kecuali kami bertukar hobi pada minggu itu. Menjadi roommate kunak umpama bertemu buku dengan ruas kerana kami sama-sama mengigau di waktu tidur. Perkongsian rokok sering berlaku, pusat gaming yang termaju di zaman itu, mengalahkan Cyber Cafe di kawasan Damai. Maaf dan terima kasih kunak kerana sanggup berkongsi hidup dengan aku. Oh, ya aku selalu tumpang cuci baju di rumahnya.

Roommate Keempat
Mohd Khairul Qayyum atau lebih dikenali sebagai MKQ,kayum,sang pencinta dan philosopher. Merupakan roommate aku di sem 8 iaitu semester terakhir. Mempunyai sifat yang sukakan kebersihan bilik agar selesa tidur dan bermain-main bersama rakan-rakan yang kuat main game. Kayum merupakan orang yang agak penyabar dengan tabiat buruk aku. Di sini jugalah bermulanya era blog ini kerana tanpa broadband kayum aku pastinya tidak menulis hari ini. Kayum suka membaca dan mempunyai koleksi buku, sebut dan tanya saja sejarah dunia, dengan cool dia akan menjawab tanpa problemo. Aku rasa kayum ni macam span, menyerap apa saja ilmu. Aku pula masuk telinga kiri keluar telinga kanan, kadang-kadang apa pun tak masuk. Dia akan ingat apa dia baca atau dengar. Sebab itu dia digelar philosopher. Walaupun hanya 1 sem, aku rasa kayum banyak menghadapi dugaan ber"roommate"kan aku.Almaklumlah, bilik ini dijadikan pusat gaming. Dimana ada aku, disitu akan diterapkan ciri-ciri perniagaan berasaskan komputer,iaitu Cyber Cafe.
Maaf dan terima kasih Qayyum kerana sanggup berkongsi hidup dengan aku. (Kayum tengah tidur masa ni)Kayum satu-satunya Rommate yang berkata aku menyanyi semasa mengigau. 

Roommate-roommate sampingan seperti Chang/Jude, Hafiz/Jenius, Arif/Fred, Gjan/Shah, Boy/Asran, dan Greg/Bul terima kasih kerana tidak marah aku selalu tertidur di katil kamu. Maaf aku tidak sengaja tidur dikatil kamu, sesungguhnya katil kamu sangat empuk.
p/s sanggupkah bakal isteri aku menerima lelaki seperti aku yang malas mengemas ini? Mak, Nenek dan Kakak yang Iman sayangi, terima kasih kerana selalu kemas bilik Iman walaupun dah berumur 23 tahun. Kepada semua Roommate aku, nanti ada gaji aku belanja makan katil.. eh makan-makan di mana sahaja kamu nak.

Related Posts with Thumbnails