08 November, 2010

09 November 2010 (12.22 am)

Pembelajaran Sepanjang Hayat

 Library, perkara terakhir menjadi pilihan tempat untuk belajar, kenapa? sebab teramat sejuk, banyak dugaan dan banyak orang sangat sampai tempat penuh melimpah ruah manusia hingga tak cukup meja nak belajar. Akhirnya aku dan Zool tersadai di sofa empuk library (cabaran pertama). 

Cabaran kedua pula hujan, dahlah library tu sejuk macam kutub barat laut, sebelum sampai kutub utara. Ini menambahkan lagi rasa ingin tidur yang menebal ketika hujan dikala petang.

Cabaran ketiga ialah budak lelaki comel yang merasakan dirinya bertambah comel memanjat-manjat sofa empuk kami ketika kami cuba fokus menjawab soalan math. Awal-awal memang aku rasa dia comel, lama-lama rasa itu menjadi geram seperti nak memberi tamparan sepoi-sepoi bahasa ke kepala kirinya.
 Zool yang fokus membaca soalan, menjawab dan menerangkan kepada aku yang ibarat slow learner.
 Cobaan...cobaan. Tahukah anda, menahan rasa mengantuk itu lebih sukar dari menahan rasa lapar?
 Akhirnya, kertas soalan tersadai umpama kereta aku yang tersadai waktu tiada duit nak beli minyak ron 95.

Setelah membuat perbincangan yang agak ilmiah ditambah dengan gosip ringan, kami bercadang balik ke bilik untuk tidur dan sesi pengajaran dan pembelajaran disambung malam hari.
Sesi pengajaran dan pembelajaran di waktu malam bertempat di anjung asrama jati. Seramai lima pelatih yang rajin, sederhana dan malas terlibat. Kumpulan ini digelar, "raderlas".
Payet antara satu ahli kumpulan study malam ni, memandangkan ini merupakan study group yang pertama dan terakhir, maka budget makanan adalah ditanggung oleh ahli kumpulan sendiri. Makan dan minum tidak disediakan.
 Slash meminta tunjuk ajar dari Zool. Slash juga memjadi ajk makanan pada malam ini, membelikan kuih pisang dan burger bagi yang mengirim.
Qayyum merangkap rummate aku tanpa tekanan hanya membawa suratkhabar untuk menambah pengetahuan am bagi menjawab soalan exam esok.
Qayyum dan Payet berbincang masalah matematik disamping menambahkan elemen romantik dengan menyuap-yuap burger.
Si comel bermata anime ini pula menjadi pengikut setia sebelum dibawa ke bilik untuk tidur bersama.

p/s terima kasih kepada semua ahli kumpulan "raderlas" yang bergabung, meletup! dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini. Akhir kata, maaf sebab aku slow math.

1 comment:

JoJo a.k.a Joyce said...

paling cute juga la anak kucing ko man.. huhu jga kena berak... huhu

Related Posts with Thumbnails