06 November, 2010

07 November 2010

Projek Pembersihan

Teknologi, satu keperluan pada zaman IT yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Jika dulu teknologi menjadi kebanggaan jika anda memilikinya. Ingatkah anda dengan telefon yang besar berbentuk 4 segi? aku panggil "atur", masa aku kecik sapa yang ada benda tu pasti akan membawanya ke hulu ke hilir dan mempersembahkan kepada orang kampung. Wow, canggihnya. Tapi kini tidak, semua itu bertukar menjadi keperluan bukan bahan tayangan lagi.

Teknologi membantu kita dalam membuat banyak hal seharian, dan teknologi sentiasa berkembang mengikut aliran zaman. Cukuplah aku membebel umpama aku membuat rencana. Aku sebenarnya nak menceritakan tentang PC aku yang aku beli dengan titik peluh.. erm,macam tak ngam pula guna ayat titik peluh, aku beli guna elaun aku sebagai pelatih Institut Perguruan lah senang cakap.
 PC ni aku beli dengan harga RM1100 dari seorang abang yang nak guna duit itu untuk beli labtop, kerana labtop aku patah skrinnya, aku pun bercadang membeli PC ini, terima kasih kepada mudah.my yang mengiklankannya. Lepas tu aku upgrade tambah hardisk, kipas, grafik kad dan rem 2gb, dah hampir 2 tahun juga aku pakai PC ni dan alhamdulillah masih mantep! dan hari ni aku nak bersihkan PC aku.
 PC pastinya akan berhabuk kerana habuk dan PC takkan dapat dipisahkan. Jika dipisahkan nanti manusia jadi malas nak bersihkan PC. Eh, ngam ka tu?
Bukan setakat habuk, aku rasa binatang pun boleh beranak dalam ni.
Benda pertama kena servis adalah kipas di kiri ni, kipas ini berfungsi mengalirkan udara panas keluar. Kipas di kanan pula menyejukkan processor. Kena buka dan sapu sepoi sepoi bahasa habuknya.
Masalah kipas ni ialah dah jem tersekat oleh habuk, dia berpusing umpama hidup segan mati tak mau, so kenalah cabut dan sapu gris. Tapi takda, so aku ganti dengan minyak hitam kereta yang nasib baik Rommate Nordin, Stream ada. So, masalah pertama setel.
Benda ni sangat sensitif umpama hati seorang perindu yang kadang-kadang sensitif jika diganggu semasa berkhayal mengenangkan sang kekasih. Kena buka dan cabut perlahan-lahan. Buka, berus dan tiupkan secara manja. Masalah kedua dah setel.
Ini grafik kad 256mb ddr3 dari Nvidia Geforce. aku beli sebab taklah lagging semasa bermain game. Benda ni mempunyai kipasnya sendiri sebab kita gunakan kipas untuk menyejukkan badan dan mengeringkan kain. Begitu juga dengan grafik kad, tapi grafik kad taklah menjemur kain. Benda ni mudah panas jika kipasnya penuh dengan habuk, aku dah bersihkan dengan berus dan macam biasa, tiupan manja ke telinga grafik kad ini. Masalah ini pun setel.
Ini pula aku gelar penghisap angin kerana tugasnya menghisap angin dari dalam PC dan salurkan ke luar. Benda ni aku beli untuk menjaga grafik kad aku agar tidak "over heat". Letak benda ni di bawah grafik kad dan dia akan menolong menyejukkan grafik kad aku. Ini kena berus dan tiup macam nak tiup belon dalam acara sukaneka "tiup belon" tiup berabis sebab habuknya sangat banyak. Lagi satu setel.
Zool antara orang yang menolong aku dan memberi nasihat sekiranya berlaku ketidak pastian dalam membuat keputusan semasa memasang balik benda yang dah di buka.
Shah pula membantu aku menyapu habuk-habuk yang terpelating masuk ke biliknya sekaligus menjadi habuk biliknya pula.
Power supply yang menjadi nadi pengaliran elektrik ke setiap tempat. Benda ni pun sangat berhabuk kerana aku sendiri dah lupa bila kali terakhir aku membersihkan benda ni. Benda ini pun setel.
Salah seorang model terhangat memperagakan grafik kad aku yang dah bersih seperti baru. Tapi warranty dah tamat.
Model yang hensem ini aku jumpa semasa proses pembersihan ini, Boy untuk memperomosikan PC aku dan kerepek. Dan semuanya setel, bersih, cekap dan mantap!.
Lepas dah pasang semua, aku test dan semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua jiran tetangga yang membantu projek pembersihan PC aku, lepas ni bolehlah kita bermain games bola PES, DOTA,Devil May Cry 4,COD2,Mini ninja,Street figher dan pelbagai lagi bersama sama.

p/s terima kasih kepada labtop aku yang masih lagi baik sebenarnya tapi dah melekat buttonnya susah nak menaip atau lebih tepat lagi susah nak main game. Oh, itu pun aku beli guna duit elaun, patutlah aku asyik takda duit,tapi itu semua keperluan.Teknologi oh teknologi. "Lepas kerja aku nak beli apa lagi?" Beli rumah, bawa family dan kawin.

3 comments:

epa_is_fred said...

sexy nya zool! I like~ hahaha. ko ada pkhimatan bersikan letop ka man?

ZOoL said...

Haha.. hntr dobi ja laptop ko..

diariakuiman said...

labtop ko hantar pi cni.. aku jual d mudah.my

Related Posts with Thumbnails