25 July, 2010

25 July 2010 (11.30 pm)


aku sepatutnya tido pada jam sekarang
sebab esok ada kelas dah
"huh!, sekejapnya cuti"
sesuai ka? atau,
"amboi, sekejapnya cuti"

arrggg.. susahnya menulis dengan perkataan yang
tepat, jitu, sesuai dengan Bahasa Malaysia ni.
(kerana telah ditegur oleh seorang sahabat
mengenai tulisanku yang agak bercampur aduk bahasanya
aku cuba juga menaip dengan sepunuhnya..
sungguh terasa skema ayat aku ni..

apa aku nak bentang hari ni?
aku sebenarnya nak dedikasikan apa yang aku tulis
hari ini kepada salah seorang sahabat baik aku
bernama ROZAIDI AIZUDDIN ZUHAIR aka slash
selamat menyambut ulang tahun yang ke 23.

Pada tepat jam 12.00 am smlm, semasa aku leka
menonton movie, aku nak menghantar pesanan ringkas
namun faham2 sajalah ekonomi IPG kita yang agak merosot,
maka aku gagal men"deliver"kan sms tersebut.

aku kira dah hampir 5 tahun perkenalan yang di bina
dari IPG Tawau hingga ke IPG yang penuh gaya mutu keunggulan ni.
suka duka dah kita harungi bersama. Gaduh dah, bebaik pun dah
semoga persahabatan ini kekallah hendaknya..

so, aku ucapkan selamat ulang lahir yang ke 23
semoga panjang umur serta murah rezeki.

sebelum aku berundur diri, aku ingin mepersembahkan
serangkap pantun cedokkan pantun yang biasa diguna,

Pecah kaca pecah simen,
lepas baca harap komen.

kepada sesiapa yang membaca, maafkanlah jika
terdapatnya banyak kesalahan bahasa,
kerana itu sungguh aku tak sengajakan kerana
aku bukanlah seperti saudara Gjan,
"Mr.Perfect Guy"

Yang Benar,
Diariakuiman



4 comments:

Md.Ariff said...

BMT yang berkualiti.

diariakuiman said...

Thx to arip yg selalu membantu diri ini.. hehe :)

epa_is_fred said...

terserlah ke-gay-an kamu! tahniah ya!

diariakuiman said...

aku dgn arip mmg gay.. hehe

Related Posts with Thumbnails