20 July, 2010

20 July (7.05 pm)

Suka duka bergelar guru Pelatih

sapa kata jadi guru mudah?
sapa kata jadi guru balik awal?
sapa kata jadi guru tak banyak kerja?

aku lama da tak update blog ni,
sebab xbanyak masa sangat sekarang
busy sikit rasanya berbanding dulu.

aku teringat semasa peralihan kelas
aku dan kelas pj, aku akan bagi masa
untuk murid perempuan untuk
menukar pakaian dahulu sebelum
mulanya kelas pj, maka dengan
tidak sengaja telinga aku yg
hanya peka bila bab elaun disuarakan
terdengar kata murid perempuan A
" aku nampak si B punya dada besar,
kenapa tu?" maka ributla kelas aku sebentar,
aku yang terdengar pun turut binggung
kerana aku sungguh tak bersedia dengan situasi ini,
terasa jadi banggang sekejap,
apakah yang aku perlu terangkan?
aku menarik nafas dan cuba ingin terangkan
isu itu namun lidah aku kelu dan akhirnya....
bunyi loceng...
"lemahnya aku......" tapi aku rasa guru
perempuan lebih layak terangkan hal tu.
salahkah aku?

untuk menganti kelas darjah 6 bukanla
kerja yang mudah lebih2 lagi bila dorang
tengah menghadapi "ujian". kenapa?
kerana aku ni lembut hati kot, bila dorang tanya
aku mesti jawab.
contohnya, "cikgu camna nak cari peratus?"
aku akan terang dan banyaklah lagi yang akan bertanya
termasuklah bila ujian subjek lain
(ujian mana boleh bagitau, nanti jadila latihan biasa).
Aku ni lemahla sangat bab "English" ni,
adakah pembelajaran aku berkaitan English ini
terbantut akibat guru sekolah rendah aku dulu?
sejak lemparan beliau menggunakan pemadam
papan tulis yang tepat kena ke dahi aku
semasa aku darjah 2 mematikan sel otak
aku untuk belajar English sekaligus menamatkan
minat murni aku ingin belajar bahasa
yang ramai orang terror sekarang ni.
(berdarah jugala kepala aku masa tu,
dia jugala balut kepala aku)
Agaknya di mana cikgu English aku tu ye,
mungkin juga aku yang nakal sangat masa tu,
sebab jadi guru bukan senang.
berbalik kepada cerita jaga kelas ni,
aku ucapkan terima kasih kat kawan2 aku
terutama qayyum aka jejaka romantis,
rozaidi aka slasher dan samsul aka seam
kerana membantu aku menterjemah perkataan
bila aku tak tahu.

sekian , harap maklum.

saya yang menurut perintah,
diariakuiman

p/s elaun pls masuk, aku bukanla nak cakap
aku dah kering nanti orang fikir aku makin
kurus pula, tapi poket dah kering takda duit.
duit bukan segala2nya namun hidup perlukan
kita mempunyai duit untuk beli macam2 harga
yang dah naik di mana2 kedai. jangan terkejut
masuk tandas 50 sen nanti.

3 comments:

Lilyana said...

iman..lawak entry ko ni..mmg pyh gak la nak explain kat budak tu eh..hehehe

satu hal ak pn sma gak gan ko lg2 kalo ak jga exam math ak msti trg kat bdk cmne cara nak bagi jwpn..prob ckgu cm kita ni man..

elaun..memang kering suda aku ni..ak dgr2 bulan 9 bru msk mati la..huhuhu..mmg duit tak ley beli kebahagiaan tp kdg2 kita perlukan duit untuk bahagia kan? =)

takpe man..bi tu bukan mother tongue kita..slow2 blaja..

gud luck anyway fren =)

Munchkin said...

man! d 1B ada tandas masuk rm1 hoho tandas vip kunun

diariakuiman said...

wow!! kejamnya tanda tu.. hehe.. kalau xcukup duit ciannya.. lebih2 lg tgh sakit perut

Related Posts with Thumbnails