06 July, 2010

06 Julai 2010 (10.00 pm)



hari ke 2 punch card kena la awal



tekan, masuk, tarik dan tengok
kalau hitam tu ertinya bolehla jadi
"cikgu sessi pagi"
kalau merah mgkin patut tukar sessi.



Bilik guru yang kadang2
hebat dengan perbualan ilmiah
lebihannya dengan gosip2 "panas"


Hari ni aku mula da masuk kelas,
dari jam 7.10 sampai 8.10,
aku tanya guru pembimbing aku nak
ajar bab apa ni? dia cakap "time".
Aku nak ketawa sebenarnya tapi
terpaksa kawal diri sebab nak
tunjuk sikap "profesioal". Aku
terfikir mcmmana aku nak ajar
time ni sedangkan aku sendiri
pun tak tau nak mengurus masa.
Jadi aku pun melangkahla ke kelas
bersama Samsul dan mengalas beg
hitam yang dah bersama aku 5 tahun.



Sampai saja aku ke kelas aku disambut dengan
sorakkan "yeah cikgu Nooriman ajar Math"
dalam hati bangganya sebab budak2
ni masih lagi ingat kat aku, aku pun
dengan konfiden dan yakinnya masuk.

Sebagai cikgu yang walaupun xla cemerlang
tapi aku pun mengajarla "time".
Selang beberapa minit aku menerangkan dalam
bahasa orang putih yang aku sendiri tak mahir
mula la c ken bising seperti praktikum
sebelum ni. (dalam hati ingatkan aku baru
masuk ni takdala dia buat hal,rupanya rindu
mgkin dia nak aku kaunseling).



berbekalkan ilmu B&K yang di ajar oleh
En.Zul d maktab aku pun mengkaunseling si Ken
ni, dia diamla beberapa minit pastu
dia pi mengacau lagi, biarlah dia
tu asal dia dapat jawab sessi soal jawab
pasni. (ertinya kaedah b&k aku
ni mesti salah)

Memandangkan makanan di kantin sedap sangat,
kami pun makan di luar. after kenyang macam biasa
ke sekolah dan "ganti kelas".

Jam menunjukkan Jam 1 pm,
masa untuk balik. Punch out
dan meluru ke kereta, mungkin rezeki
terserempak dengan pk1
"man, mesyuarat jam 2 jgn tak datang"
alamak,kena datang lagi sekolah.

Walaupun malas kenala datang, yelah
baru guru P"elatih" kan.
Macam2 input juga dapat mesyuarat
kali ni (2pm-5.30pm) antaranya :
- result exam pertengahan tahun
-laporan2 dari semua panitia
-surat2 pekeliling tentang kewajiban
menulis RPH (termasuk Guru pelatih)
-program2 sekolah
-paling mencemaskan keputusan kelas2 yang
kami ajar math dan bi lalu, nasibla keputusan
baik kalau tak matila kena ka c salah nanti.



aku tengok cgu2 pun macam dengar
sepoi2 bahasa da, mgkin juga sebab lama
sangat mesyuarat ni.



jamuan untuk isi perut, ni kira macam
"take 5" la ni.

p/s last2 dekat jam 6 baru sampai maktab.
Huh! sapa cakap jadi guru ni senang dan
kerja setengah hari, pening guru
nak bagi naik prestasi murid tu.
Moga2 aku dapat jadi guru yang baik, amin..
masa aku taip blog ni result da keluar
tahniah kat kawan2 yang pointer mencurah2
ke ladang gandum tu, aku pula bersyukur
sebab lulus, thx to Chang sebab cek kan result aku.

5 comments:

seam said...

wowo..semakin baik penulisanmu sahabat..ayat2 yg tersusun indah..keep it up..AR jgn lupa..haha..=)

Anonymous said...

brape result? =)

seam said...
This comment has been removed by the author.
diariakuiman said...

result menyedihkan.. hehe.. tp alhamdulillah lulus

Anonymous said...

ala abg iman..dunia ni tanpa sempadan (result terpampang kat depn unit pen.)..tahu uda sa.. =)

Related Posts with Thumbnails