31 May, 2010

31 May 2010 (04.18 pm)


JODOH

ketika aku termenung sendiri melihat titisan
hujan membasahi bumi, aku terfikir " adakah
aku akan bertemu jodoh yang aku inginkan atau
aku hanya perlu menanti bila sampai waktunya?"

persoalan ini membelenggu aku sendiri, ini kerana
pengalaman serta pemerhatian aku semasa dengan
pelbagai masalah yang melanda hidup aku dan
sekeliling aku.

ni pengertian jodoh oleh kamus dewan:
1 pasangan hidup (lelaki atau perempuan)
Kita mesti berhati-hati memilih ~, jika tidak,
kita akan kecewa. (kreadit to DBP)

tidak di nafikan setiap orang inginkan dirinya d cintai,
ingin pasangan yang ideal, faham akan dirinya dan
saling sayang menyayangi namun adakah kita juga
patut memberi bukan hanya menerima. aku pernah baca
"tangan dicipta mempunyai pasangan kerana mempunyai
tanggungjawabnya masing, saling memberi dan menerima"

Hal yang sering dilupakan sebelum bercinta:
*tidak memikirkan akibat yang akan terjadi selepas meluahkan
perasaan (cthnya, maaf saya xdpt terima awak kerana saya telah
mempunyai pasangan saya sendiri dan lain2 lagi)
*tidak ikhlas dalam bercinta (hanya sekadar mempermainkan
perasaan orang lain- please hindari ini)

Hal yang sering terjadi semasa bercinta:
*mula merasa diri tak lagi sesuai/serasi dengan pasangan
*masalah yang dahulu kecil dan mudah mula menjadi
kompleks( bukan kompleks membeli belah tau)
*segala janji yang di tambur dulu hanya menjadi kenangan atau
lebih teruk lagi di lupa

perkara yang perlu dielakkan semasa bercinta:
*ugutan "break" kepada pasangan anda (ini boleh mengundang
rasa tidak puas hati jika tiada sbb munasabah anda memberi idea
"bernas" anda itu)
*membawa watak GF/BF bersama orang lain di hadapan mahupun
belakang GF/BF anda sendiri (sng ckp jenla pasang lain, kalau anda begitu
sempat lg ni berubah, yakin boleh!)

perkara yang anda perlu cuba lakukan:
*eratkan diri jika berlakunya kerenggangan dalam pasangan
*mesti belajar "fair" dalam hubungan (saling pujuk memujuk)
*sentiasa tegur menegur dengan baik sekiranya berlaku benda yang
anda kurang senangi
*positif serta peka dengan keadaan sekeliling
*jgn mudah percaya berita atau khabar angin tanpa menyiasat terlebih dahulu
*jujur dengan pasangan and walaupun kenyataan tu pedih

Sekiranya terpaksa "break":
*yakinlah bahawa dia bukan jodoh anda (bg aku cpt atau lambat jika
da tertulis itu pasangan kamu maka itulah yang anda akan dpatkan, insyaAllah)
*pi bilik aku kita men DOTA ramai-ramai, ak ingat pun bt apa lagi kan.

pesanan ustaz aku(yg aku ingat sepoi2 bahasa):
"yakinla bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik" (maka, nilai2la
diri anda)
"jodoh,ajal maut, rezeki, semuanya da dtulis untuk kita, lambat atau cepat, cuma
masa saja yang menentukan"

p/s penat juga menaip ni.. haus la pula.. thx to arip kerana belikan aku nasi ayam tadi..
teringat kat makanan mak.. so jika ada yang anda komen jgnla sms aku, aku ni xda kreadit..
pi ja sana tu comment, ada masa aku balas.. :)

4 comments:

Unknown said...

Cam mana jodoh yg ko nk, aku awal2 lg da out..

nora said...

duh.. kikikiki...

diariakuiman said...

mcm SITI SALMI BINTI TUAH :)

seam said...

wowo...ramai yg komen ni..cari yg beriman mcm tuan punya blog..hehe

Related Posts with Thumbnails