31 May, 2010

1 Jun 2010 (12.25 am)



Aku nak tido tapi ntah kenapa mata ni tak boleh nak lelap, mgkin
kerana aku tengah ingatkan seseorang. Aku nampak gambar ni dari
facebook kawan dan aku sangat tersentuh (kredit tu Samsul Akbar).

sebelum aku pergi jauh, ini merupakan definisi IBU oleh kamus dewan:
1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya.
2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur).
3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~

Bila difikirkan balik selama aku hidup selama 23 tahun + 9 bulan 9 hari dalam kandungan,
berapa banyak kali aku dah susahkan ibu, melawan ibu (walaupun sebenarnya aku tiada
niat pun). Persoalannya adakah aku dapat membalas kembali segala jerit payah ibuku
dalam berusaha membesarkan aku.

Perkara yang anda kena AMBIL kisah sebagai anak :
* tahu bila hari ulangtahun kelahiran ibu anda
* tahu bila hari ibu anda
* menjaga kesihatan ibu anda walaupun anda jauh darinya
*impiannya untuk anak2nya
(yg lain korang fikir2kanla sendiri)

Adakah anda jenis ANAK ini:
* menelefon/sms ibu anda lebih dari gf/bf anda
* tidak pernah melawan/mengeluarkan kata2 yg kasar
* mencuba sedaya upaya dalam membahagiakan ibunya

(kredit to http://illo88.multiply.com/reviews/item/6)
CONTOH-CONTOH DOSA BESAR

i) MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA

Sebab perlu mentaati ibu bapa

§ Mereka memeliahara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang

§ Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa

§ Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara

§ Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita

Cara menghormati ibu bapa

§ Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka

§ Menghormati mereka setiap masa

§ Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua

§ Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka

· Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa

§ Melawan percakapan ibu bapa

§ Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka

§ Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka

§ Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin

· Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka

§ Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan

§ Tidak mendapat rahmat Allah

§ Terputus rezeki daripada Allah

§ Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak


Aku ingat lagi, bila aku nak ke sekolah asrama dulu, ibuku menangis
memeluk aku, seakan enggan melepaskan aku, aku rasa ianya cuma
perkara biasa kerana aku hanya menyambung pelajaran namun bagi seorang ibu
yang melihat anak yang dikandung dan dijaganya selama ini meninggalkannya
walaupun hanya sementara amatla pedih. Sebenarnya aku merasa amat sedih ketika aku
mengetahui ibuku di dalam masalah namun dia hanya tersenyum dan sedaya upaya
mengelakkan kami anaknya mengetahui. Betapa tabahnya seorang ibu. Sekarang fokus aku hanya ingin menamatkan pelajaran aku dan bekerja untuk membahagiakan ibu aku.

p/s aku pun nak balik jumpa mak cuti ni, da rindu dengan masakkan mak. Semoga ibuku Alijah binti Buang sentiasa sihat dan tabah menghadapi dugaan. amin.


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….


(kedit to blog.azhad.com)

4 comments:

chinatsu said...

fuhhh...very touching my friend!:(...i really love my mammi!=)

munchkin said...

dulu ada sa terbaca cerita hampir mcm 'i hate my mother' tu. tp ni anak dia malu pasal mama dia x telinga, telinga tu jd telinga c anak.

napa ko x balik ni man? hoho

selamat bercuti~!

amoeba_hanu said...

hmmm..terharunyaa

diariakuiman said...

aku ada tgk juga cerita melayu.. sebiji mcm ni.. pasal mata.. sedihnya

Related Posts with Thumbnails