05 September, 2010

06 September 2010 (02.30 pm)



Ini adalah pandangan aku tentang
tanda2 bahawa kita nak sambut raya da,
aku pilih 7 sebab ini ja yang aku tau
7 tanda kita da nak beraya:

1.Semua orang tak kira tua bangka mahupun yang
muda perkasa semua nak balik beraya bak kata lagu
raya tu "anak muda dirantauan semuanya pulang
ke desa ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira"

2. Jika dulu radio menyajikan dengan lagu2 jiwang yang
meruntuhkan imej lelaki2 yang "muka ganas tapi
dalam hati ada taman" namun kini lagu2 raya
yang semakin "hot dicorong2 radiooooo saja"

3.Kaum keluarga mula memberi isyarat seperti asap,
menggunakan burung merpati, telegram, surat, sms
mahupun panggilan telepon menanyakan bilakah kamu
akan pulang ke rumah yang
sentiasa menjadi "rumahku surgaku"

4. Tong, Cp, Tama,Giant dan kedai2 2ringgit menjadi
tempat lepak mahupun tempat membeli belah
last2 minit. Jika anda ke sini sekarang,
maka anda akan berlanggar bahu dan sedaya upaya
untuk mengelak dilanggar kerana orang sangatla
ramai umpama adanya
siti nurhalija (bukan nama betul)
tengah nyanyi masa konsert jom heboh.

5. Semua orang tak kira dari ke baby hingga nenek
dan atok semuanya ingin bershopping
dan memotong baju raya. Kalau yang da kawin tu
mula membeli kain segulung dan membuat
baju sedondon (ikut tema)tahun ni biru raya pertama,
raya kedua hijau, raya ketiga pink....
lepas raya pening.....

6. Siaran Televisyen mula melobi penonton agar terpaku
dihadapan tv dengan menyiarkan jadual wyg apa akan keluar
di siaran mereka raya nanti. "Lagenda Budak Setan,
raya pertama jam 10 malam " maka, timbullah
kemalasan sanak saudara untuk pergi beraya
kerana semuanya asyik duduk di hadapan tv.
Bayanglah tv1,tv2,tv3,ntv7 semua tayang wayang best2,
ni belum masuk yang pakai siaran kuali tu lagi.

7. Yang Terakhir, semua orang tanpa sebab nak minta
maaf zahir batin tak tentu pasal, pastu mesti
cakap mcm bola, kita 0-0 ye.
Tapi kepada yang ada salah tu minta maaflah
di hari raya ni, tak kira raya atau tak
boleh juga minta maaf.

p/s kepada semua yang mengenali diri ini aku ucapkan selamat
beraya dan minta maaf kalau aku ada salah maklumlah aku ni cakap
lepas saja.

Yang Benar,
diariakuiman

2 comments:

epa_is_fred said...

maaf zahir batin wpun aku taw aku xda salah sama ko psl aku budak comel yg baik hahahaha

diariakuiman said...

aku maafkan kau epa walaupun ko byk salah kat aku.. tgk tpo lagi cakap ko comel.. hehe

Related Posts with Thumbnails