18 August, 2010

18 Ogos 2010 (05.47 pm)

Hari ini aku lihat satu drama di sebuah
premis kerajaan diantara seorang sekuriti
dan seorang awam.
Aku tiba disebuah premis, aku bermonolog
sendiri "kenapalah sesak sgt ni" rupa2nya ada
seseorang mendouble park keretanya jadi
menghalang laluan orang lain.
Setelah beberapa ketika aku dapat juga
parking "SAH".
Pada mulanya mmg aku rasa orang
tu mengganggu laluan orang lain,
tetapi kemudian.....

"HOI, KERETA KAU KA NI?
DI MANA KAU BELAJAR PARKING?
MENYUSAHKAN ORANG SAJA!!

sekuriti berkenaan berteriak kepada seorang
perempuan yang ingin mengalih keretanya
setelah berjumpa parking yang "sah".
Malunya aku yang rasa padahal
bukan aku yang diteriak, semua orang
yang duduk ditepi premis berkenaan hanya
memerhati perempuan tadi.

Ketika itu aku mula rasa simpati kepada
perempuan tu. Memang betul dia bersalah
kerana double park tapi takkanlah
sampai nak teriak2 sampai menjatuhkan
airmuka orang lain. Bukankah rakyat
Malaysia ni kaya dengan budi bahasa,
bahasa menunjukkan bangsa,
budi bahasa budaya kita dan
banyaklah lagi. Pastu bukankah
sekarang ni bulan ramdhan?
apakah salahnya jika tegur
baik2 kat perempuan tu dengan
harapan dia akan berubah.
Anggap ja dia ada masalah hingga
terpaksa double park.

Prinsipnya mudah saja,
ada orang biar orang jahat kat kita,
jangan kita jahat kat orang.
ada orang biar kita jahat kat orang
sebelum orang jahat kat kita.
Pada aku pula, kita layanlah orang
lain seperti apa yang kita harapkan
orang lain layan kat kita. Sebagai contoh
mahukah kita di marah2 setiap hari?
so janganla suka hati marah2 orang tanpa
usul periksa. Nak orang baik kat kita
kita pun kenalah baik kat orang.

p/s kadang2 ada orang tak tahu bila aku
ni serius, mgkin juga sebab aku selalu
sangat main. Harap aku pasni boleh
jadi lebih serius. Selamat Berbuka semua

Yang Benar,
diariakuiman

2 comments:

epa_is_fred said...

sedih :( tp betul. aku nataw bila ko serius. jadi pasne sila beritahu kalo ko tgh on mood serius ar. huhu

diariakuiman said...

hehe.. nanti kena ckp terlalu serius pula.. jadi serba salah.. :)

Related Posts with Thumbnails