13 August, 2010

14 Ogos 2010 (2.28 am)


semasa aku menaip ni,
telah disahkan bahawa elaun yang di
tunggu2 selama ini telah pun masuk.
ini bermakna budget perlulah dibuat
bagi banyak perkara seperti bayar
hutang (ops!! terima kasih kepada
rakan2 serta sahabat handai yang sudi
menolong diri ini semasa sukar)

duit pada masa ni bergerak laju,
macam era globalisasi jugalah
ertinya duit pun turut bergerak tanpa
sempadanlah agaknya.

pernahkah saudara saudari membawa
rm50 untuk ke cp (Centre Point)? apakah yang terjadi
pada duit itu semasa sampai di cp?
a) cukup2 makan
b) terpaksa beratur di mesin wang
untuk mengambil lagi
c) ke kedai untuk membeli barang,
bila da bayar baki da tinggal sen2 je,
dan akhirnya terpaksa juga beratur ambik duit
d mesin atm bersama si b di atas
d) mmg tak pernah bawa duit takat rm50
untuk ke cp

kenapakah aku menabur pertanyaan ini?
aku cukup payah nak membudget duit
kerana bila ada duit kita mudah lupa diri
benarlah kata dr.Mahathir yg melayu
mudah lupa, walaupun aku ni
berketurunan jawa tapi aku pun kadang2 lupa.

ingatkah semasa kita masih tidak mempunyai
duit elaun?
memasak dibilik, berkongsi makanan,
makan tapau pun 2-3 orang,
main game untuk mengisi masa lapang
serta melupakan bunyi perut yang
meronta2 meminta nasi goreng
di hasyim mahupun nasi ayam di taj.

Kini segala penantian menanti elaun dah
pun berakhir namun, janganlah kita lupa
yang sem depan kita nak posting,
save duit untuk jilid tesis, dan macam2
lagi hal dunia yg semuanya berpaksikan duit.

yang benar,
diariakuiman.

p/s benarkah saiz otak berkadar terus dengan
saiz badan? huh! tension jugala bila dikatakan
"badan ja besar tapi takda otak!"
semoga aku tak berdendam dan bersangka buruk
kepada orang2 seperti itu.

3 comments:

Md.Ariff said...

jgn lupa beli kasut jogging k? hehe

yg benar,
menanti sebuah jawapan

diariakuiman said...

alamak.. ops..

yg benar,
orang yang terlupa

Munchkin said...

dan benarkah keberanian berkadar terus dgn saiz badan? "Badan jak besar tapi penakut"

Related Posts with Thumbnails