25 September, 2010

26 September 2010 (10.33 am)

Kembara Jalanan Ke Keningau

Pada suatu hari sabtu yang lalu,
aku serta kawan2 bercadang untuk
ke Keningau yang jauhnya lebih
kurang 100km dari Kota Kinabalu.
Aku bersama 3 rakan iaitu Samsul,
Qayyum dan Slash pun sepakat membawa
berkat berkongsi kereta Perodua Kelisa
ciptaan Malaysia.(thanks SAA 3644 N)
Di sini aku akan menceritakan secara
kronologi perjalanan kami yang penuh
dramatis serta cabaran.

Bersarapan.
Tahukah anda bahawa sarapan penting
kepada tubuh badan anda?
Kata guru PJK aku dulu "sarapan menjadikan tubuh
anda bersedia dan fokus untuk menerima
pelajaran yang bakal datang",
dalam kes ini pelajaran yang
bakal kami dapat ialah sebuah pengalaman
yang kami kongsi bersama.

 sarapan nasilah best!
Samsul main2 minta nasi beriani
last2 kena bagi betul2.

Perjalanan.  
perjalanan dimulakan selepas
perut diisi dan bahan bantu perjalanan
dibeli seperti rokok, air, newspaper
dan semestinya minyak kereta.
Kami pun memutuskan untuk 
menggunakan jalan Kimanis.
 pemandangan sekitar perjalan,
bak kata cikgu bm aku, jauh perjalanan
luas pandangan.
 Naik bukit ni yang lemas ni,
bayangkan tengah syok2 jalan lurus
tiba2 nak naik bukit yang penuh selekoh.
Pemandangan di bawah bukit,
ada orang tinggal tak kat bawah ni?
 Penuh konsentrasi dan ketenangan dibantu
dengan spek yang dipinjam dari saiful.
 Cantiknya pwmandangan kat sini,
dahlah sejuk, macam di Ranau.
Sila ikut cakap saudara awas ini,
kerana itu bererti kita akan turun
selekoh yang sangat best.

Pit Stop 1.
Kami terjumpa tempat untuk bergambar
semasa si pertengahan perjalanan,
jadi kami berhenti sebentar bersama
kit kat.
 Peserta Pertama perjalanan ke keningau,
Md Khairul Qayyum
 Peserta kedua, Samsul Akbar
 Paling Kanan Peserta ketiga,
Rozaidi Aizuddin Zuhair
Liputan Digi ada walaupun kami
berada tinggi di banjaran crocker


















Cuba teka kenapa kami tak
bergambar berempat?

Pit Stop 2
Sekali Lagi kami berhenti,
tempat ni aku pernah berhenti dulu
masa aku pakai motor lagi,
so ada nilai2 sentimentallah
tempat ni.























 senyuman ikhlas aku kepada
pembaca blog aku

p/s akan bersambung..
 

1 comment:

Lilyana said...

Ini ke perjalanan yang konon nak bermula jam 9 tapi jam 11 baru pergi..hehehe..kenapa slash dah berisi? lengan dia da chubby..hoh0huhu..nti smbg gambar pergi majlis k?

Related Posts with Thumbnails