30 September, 2010

01 Oktober 2010 (12.50 am)


Pit Stop 3
 Pit Stop kami yang ketiga
yang peling best sebab kami
dapat melawat IPG Kampus Keningau,
di sini kami mengerjakan 
jamak dan qasar (sila berjumpa
ustaz samsul kepada yang tak berapa
nak ingat tu, aku nak terang tapi
takutla pula salah.

Perjalanan yang penuh berasap,
inilah yang dikatakan "Cobaan"

  Dari kiri:Slash, Samsul, Kayum dan Iman.
 Aku sangat tertarik dengan mural yang
banyak di buat di surau IPG Keningau,
antaranya ini. Lebih2 lagi...
Bersyukur dikurniakan nama Iman
 Bergambar di hadapan pintu masuk
Surau IPG Keningau
Samsul bersama mural lain di surau ini.
 Dan sila tafsir sendiri betapa
signifikannya mural ini kepada aku.
 Bukan hanya IPG Keningau ini bersih,
tetapi ruang rehat di surau juga sangat
selesa kepada kami ini yang berjalan jauh,
walaupun menaiki kereta.
(Tak dapat bayang jika jalan kaki dari
KK-Keningau, hebatnya orang dulu2 kan?)
 Mural lain di sini.
Selesai solat dan berjumpa kawan qayyum,
kami pun meninggalkan IPG Keningau dengan
jutaan terima kasih.

Pit Stop 4
Kentucky Goreng Ayam
 Tujuan kami tidak lain tidak bukan ialah
menanti kehadiran aimi untuk menjemput kami
ke rumah pakciknya,
so kami minum dan kerana agak lapar
kami makan fries yang dibelanja Qayyum.


Tetapi malangnya, orang yang membelanja
pula terlupa diambil gambarnya,
ish3... ini kerana kami terlupa
kerana asyik bercerita dan berbalas2
kunyahan fries.
Dan akhirnya, sebuah kereta Inova muncul,
dan menjemput kami.
Wow, besarnya kereta Aimi, terasa
sungguh kerdil kereta berjenama ikan
aku ini. Kami follow untuk ambik lauk
(lupa dimana) sebelum ke rumah pakcik aimi.

Rumah Kahwin
Menurut Aimi dan Marina (yang ntah 
bila sampai di sini), pengantin lelaki merupakan
pakciknya, so kami pun tanpa segan silu
apatah malu pergi ke sana dengan membawa lauk,
 Di dalam gambar ini, samsul bejaya
menutup aimi 60%
 Aku pula dengan banga berjaya menutup
Marina 90 %
 Dan Slash mengulangi kejayaan ini
tanpa dia sedari, atau mungkinkah
Si Marina hanya menggunakan kami
sebagai pelindung panas?
 Kami berehat sementara menanti
peluang yang terhidang
amaran "Jangan tiru aksi
ini"
 Aku dah lupa kenapa mereka
ketawa, mungkin mengetawakan
baju aku yang terkena kari,
tapi baju tidak mempunyai perasaan,
adakah ini bererti mereka mengetawakan aku?
....
 Merokok adalah dilarang bagi budak
di bawah ketinggian ini. :p


 Aktiviti yang best, MAKAN!
 kami makan di meja vip tu, atas usaha
mak Aimi, thanks makcik.
 
 Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka2 hati buat
majlis ini serupa lu punya bapak punya?
 Kampung Tudan yang sentiasa baru,
Slash pula berjaya mencari batu permata
untuk dibawa balik sebagai cenderahati
Qayyum atau nama popular di kampung ini 
sebagai"tempat letak kereta". :p
Rumah Terbuka Raya
Kerana kebetulan Farah serta keluarganya
mengadakan rumah terbuka, kami sekali lagi
tidak segan silu mengikut nafsu makan kami
dan bergerak ke sana.
 Aku tak pasti apa yang berlaku, mungkin
aku kepedasan atau ekspresi aku memang
begitu ala2 pelakon korea "rain".
Hitam itu menawan..
 Ok, aku da ingat...
aku memang makan lada banyak sangat.
   Muka Slash seperti hendak membuang
"hajat" saja.
Pulang Ke pangkal Jalan
Perjalanan kami di Keningau telah
pun berakhir dan kerana agak lewat,
kami pun bercadang balik kerana takut
jalan yang berkabus.
Semasa balik kami sesat hingga
menggunakan jalan ke Ranau akibat
tak nampak signboard, nasib sedar awal
sebab jalan nampak pelik sangat.
Alhamdulillah semuanya berjalan baik
kami sampai lebih kurang jam 8 malam.
p/s balik malam sangat menakutkan,
gelap dan tak banyak kereta, nasib
berempat jadi taklah sunyi sangat.
tapi yang penting "best".
Jutaan terima kasih kepada
Keluarga Aimi dan Farah. 

 

2 comments:

Lilyana said...

iman ayat paling epic dan menarik perhatian aku - Aku tak pasti apa yang berlaku, mungkin
aku kepedasan atau ekspresi aku memang
begitu ala2 pelakon korea "rain".
Hitam itu menawan..hahahaha..lawak..

dan mural yang tertulis iman itu juga menjadi bahan cerita slash ketika kami calling..hehehe

tahniah dah habis derita AR..

diariakuiman said...

hehe.. tp mmg aku mcm rain

Related Posts with Thumbnails