25 July, 2010

25 July 2010 (11.30 pm)


aku sepatutnya tido pada jam sekarang
sebab esok ada kelas dah
"huh!, sekejapnya cuti"
sesuai ka? atau,
"amboi, sekejapnya cuti"

arrggg.. susahnya menulis dengan perkataan yang
tepat, jitu, sesuai dengan Bahasa Malaysia ni.
(kerana telah ditegur oleh seorang sahabat
mengenai tulisanku yang agak bercampur aduk bahasanya
aku cuba juga menaip dengan sepunuhnya..
sungguh terasa skema ayat aku ni..

apa aku nak bentang hari ni?
aku sebenarnya nak dedikasikan apa yang aku tulis
hari ini kepada salah seorang sahabat baik aku
bernama ROZAIDI AIZUDDIN ZUHAIR aka slash
selamat menyambut ulang tahun yang ke 23.

Pada tepat jam 12.00 am smlm, semasa aku leka
menonton movie, aku nak menghantar pesanan ringkas
namun faham2 sajalah ekonomi IPG kita yang agak merosot,
maka aku gagal men"deliver"kan sms tersebut.

aku kira dah hampir 5 tahun perkenalan yang di bina
dari IPG Tawau hingga ke IPG yang penuh gaya mutu keunggulan ni.
suka duka dah kita harungi bersama. Gaduh dah, bebaik pun dah
semoga persahabatan ini kekallah hendaknya..

so, aku ucapkan selamat ulang lahir yang ke 23
semoga panjang umur serta murah rezeki.

sebelum aku berundur diri, aku ingin mepersembahkan
serangkap pantun cedokkan pantun yang biasa diguna,

Pecah kaca pecah simen,
lepas baca harap komen.

kepada sesiapa yang membaca, maafkanlah jika
terdapatnya banyak kesalahan bahasa,
kerana itu sungguh aku tak sengajakan kerana
aku bukanlah seperti saudara Gjan,
"Mr.Perfect Guy"

Yang Benar,
Diariakuiman



20 July, 2010

20 July (7.05 pm)

Suka duka bergelar guru Pelatih

sapa kata jadi guru mudah?
sapa kata jadi guru balik awal?
sapa kata jadi guru tak banyak kerja?

aku lama da tak update blog ni,
sebab xbanyak masa sangat sekarang
busy sikit rasanya berbanding dulu.

aku teringat semasa peralihan kelas
aku dan kelas pj, aku akan bagi masa
untuk murid perempuan untuk
menukar pakaian dahulu sebelum
mulanya kelas pj, maka dengan
tidak sengaja telinga aku yg
hanya peka bila bab elaun disuarakan
terdengar kata murid perempuan A
" aku nampak si B punya dada besar,
kenapa tu?" maka ributla kelas aku sebentar,
aku yang terdengar pun turut binggung
kerana aku sungguh tak bersedia dengan situasi ini,
terasa jadi banggang sekejap,
apakah yang aku perlu terangkan?
aku menarik nafas dan cuba ingin terangkan
isu itu namun lidah aku kelu dan akhirnya....
bunyi loceng...
"lemahnya aku......" tapi aku rasa guru
perempuan lebih layak terangkan hal tu.
salahkah aku?

untuk menganti kelas darjah 6 bukanla
kerja yang mudah lebih2 lagi bila dorang
tengah menghadapi "ujian". kenapa?
kerana aku ni lembut hati kot, bila dorang tanya
aku mesti jawab.
contohnya, "cikgu camna nak cari peratus?"
aku akan terang dan banyaklah lagi yang akan bertanya
termasuklah bila ujian subjek lain
(ujian mana boleh bagitau, nanti jadila latihan biasa).
Aku ni lemahla sangat bab "English" ni,
adakah pembelajaran aku berkaitan English ini
terbantut akibat guru sekolah rendah aku dulu?
sejak lemparan beliau menggunakan pemadam
papan tulis yang tepat kena ke dahi aku
semasa aku darjah 2 mematikan sel otak
aku untuk belajar English sekaligus menamatkan
minat murni aku ingin belajar bahasa
yang ramai orang terror sekarang ni.
(berdarah jugala kepala aku masa tu,
dia jugala balut kepala aku)
Agaknya di mana cikgu English aku tu ye,
mungkin juga aku yang nakal sangat masa tu,
sebab jadi guru bukan senang.
berbalik kepada cerita jaga kelas ni,
aku ucapkan terima kasih kat kawan2 aku
terutama qayyum aka jejaka romantis,
rozaidi aka slasher dan samsul aka seam
kerana membantu aku menterjemah perkataan
bila aku tak tahu.

sekian , harap maklum.

saya yang menurut perintah,
diariakuiman

p/s elaun pls masuk, aku bukanla nak cakap
aku dah kering nanti orang fikir aku makin
kurus pula, tapi poket dah kering takda duit.
duit bukan segala2nya namun hidup perlukan
kita mempunyai duit untuk beli macam2 harga
yang dah naik di mana2 kedai. jangan terkejut
masuk tandas 50 sen nanti.

06 July, 2010

06 Julai 2010 (10.00 pm)



hari ke 2 punch card kena la awal



tekan, masuk, tarik dan tengok
kalau hitam tu ertinya bolehla jadi
"cikgu sessi pagi"
kalau merah mgkin patut tukar sessi.



Bilik guru yang kadang2
hebat dengan perbualan ilmiah
lebihannya dengan gosip2 "panas"


Hari ni aku mula da masuk kelas,
dari jam 7.10 sampai 8.10,
aku tanya guru pembimbing aku nak
ajar bab apa ni? dia cakap "time".
Aku nak ketawa sebenarnya tapi
terpaksa kawal diri sebab nak
tunjuk sikap "profesioal". Aku
terfikir mcmmana aku nak ajar
time ni sedangkan aku sendiri
pun tak tau nak mengurus masa.
Jadi aku pun melangkahla ke kelas
bersama Samsul dan mengalas beg
hitam yang dah bersama aku 5 tahun.



Sampai saja aku ke kelas aku disambut dengan
sorakkan "yeah cikgu Nooriman ajar Math"
dalam hati bangganya sebab budak2
ni masih lagi ingat kat aku, aku pun
dengan konfiden dan yakinnya masuk.

Sebagai cikgu yang walaupun xla cemerlang
tapi aku pun mengajarla "time".
Selang beberapa minit aku menerangkan dalam
bahasa orang putih yang aku sendiri tak mahir
mula la c ken bising seperti praktikum
sebelum ni. (dalam hati ingatkan aku baru
masuk ni takdala dia buat hal,rupanya rindu
mgkin dia nak aku kaunseling).



berbekalkan ilmu B&K yang di ajar oleh
En.Zul d maktab aku pun mengkaunseling si Ken
ni, dia diamla beberapa minit pastu
dia pi mengacau lagi, biarlah dia
tu asal dia dapat jawab sessi soal jawab
pasni. (ertinya kaedah b&k aku
ni mesti salah)

Memandangkan makanan di kantin sedap sangat,
kami pun makan di luar. after kenyang macam biasa
ke sekolah dan "ganti kelas".

Jam menunjukkan Jam 1 pm,
masa untuk balik. Punch out
dan meluru ke kereta, mungkin rezeki
terserempak dengan pk1
"man, mesyuarat jam 2 jgn tak datang"
alamak,kena datang lagi sekolah.

Walaupun malas kenala datang, yelah
baru guru P"elatih" kan.
Macam2 input juga dapat mesyuarat
kali ni (2pm-5.30pm) antaranya :
- result exam pertengahan tahun
-laporan2 dari semua panitia
-surat2 pekeliling tentang kewajiban
menulis RPH (termasuk Guru pelatih)
-program2 sekolah
-paling mencemaskan keputusan kelas2 yang
kami ajar math dan bi lalu, nasibla keputusan
baik kalau tak matila kena ka c salah nanti.



aku tengok cgu2 pun macam dengar
sepoi2 bahasa da, mgkin juga sebab lama
sangat mesyuarat ni.



jamuan untuk isi perut, ni kira macam
"take 5" la ni.

p/s last2 dekat jam 6 baru sampai maktab.
Huh! sapa cakap jadi guru ni senang dan
kerja setengah hari, pening guru
nak bagi naik prestasi murid tu.
Moga2 aku dapat jadi guru yang baik, amin..
masa aku taip blog ni result da keluar
tahniah kat kawan2 yang pointer mencurah2
ke ladang gandum tu, aku pula bersyukur
sebab lulus, thx to Chang sebab cek kan result aku.

04 July, 2010

05 Julai 2010 (11.00 am)

Terasa malas berabis nak bangun pagi ni,
teringat pula rupa2nya kena pi ke sekolah
sebab da mula latihan intensif kat sekolah..
dalam hati "apa nak buat di sekolah ni padahal
semalam mana ada buat apa2.. melayan "i'm not single"
ja sebelum tido bersama slash dan jejaka romantis qayyum.

sampai ja sekolah terus pi jumpa PK 1 untuk bagitau
tujuan murni kami pi ke SK Luyang kali ni.
Pastu pi perhimpunan dan bercerita
pasal bola dengan cikgu lelaki yang lain.



Macam biasa after penat mendengar masalah
murid di perhimpunan,perut pun lapar terus
makan di kantin yg masak tanpa penuh
kasih sayang (ertinya enda sedap)



tengok makanan ni yang enda habis,
nasi lemak, fish cake dan teh tarik = rm 5.00
terkejut pun enda guna sebab malu da ambik terpaksa
bayar dengan duit yang macam tiada ni.
Dalam hati Astagfirullah, membazir ni
perbuatan syaitan tapi apala boleh buat
macam makan dengan nasi putih saja.



namun macam biasala aku tetap hadapi
dengan senyuman. Tak sedap pun makan ja la
da lapar kan sebab semalam makan meggi saja.



Habis ja sarapan kami pun pergi jumpa Guru Besar
merangkap bos di sekolah ni, habis kena ceramah
kami pun pi bilik guru mencari meja guru bersama tugasan
hari ini iaitu benda yang paling popular di sekolah
"MENGANTI KELAS"



Itu dia jadual yang aku kena ganti hari
ni tapi dengan jadual yang macam padat tu
sempat juga aku update blog ni

p/s ni da masuk praktikum baru tapi elaun
praktikum lepas pun lum masuk, bukanla tak
boleh mengajar tapi jadi fikiran juga tu tiada duit nanti
tak dapatla kami fokus mengajar dengan cemerlang.. hehe



02 July, 2010

epazuleha comel ka?

memandangkan aku telah tersalah memberi anda soalan yang mengandungi kod rahsia salah, anda akan dkira chomel jika melupakan semua itu.. haha

kau tanya iman jawab

01 July, 2010

Mengapa saya suka....


Mengapa saya suka rumah saya?
ingatkah korang pada iklan
petronas ni? Iklan tentang
sorang budak bagitau kenapa
dia suka rumah dia, seingat aku
la yang selalu lupa formula math
ni sebab masa tu kita pun budak
macam dia juga..

kenapa la agaknya aku
nak tulis pasal ni? sebenarnya
aku rasa nak buat video la
macam ni,tapi nak cakap pasal
mengapa saya suka Madam Lam?
(untuk pengetahuan yang tak
tahu tu Madam Lam ni pensyarah
di jabatan Math,pensyarah
pembimbing aku merangkap
pensyarah Tindakan Kajian aku.

kenapa saya suka Madam Lam?
1.Dia sangat profesional (dapat
bezakan apa itu peribadi dan
kerja,walhal ada lecture yang
sering terbawa dengan emosi).
2. Dia sanggup bersara lewat
untuk tengok kami habiskan
apa yang dia telah mulakan
(konvo)
3. Dia marah pun kejap ja pastu
dah boleh bawa ketawa.
4. Saya sayang dia sbb dia
lecture saya :)
Related Posts with Thumbnails